Assalamualaikum....
Pepagi di pejabat, nak cerita kisah pasal
My Girl semalam. Nak gugur jantung saya dapat wassap dari
my sis anak kena cucuk kat dada dengan pensil oleh rakan sekelas.
Masya Allah... budak-budak kan... darjah 1 pulak, memang tengah nakal semuanya... saya tak ade lah nak salahkan anak sape-sape, tapi sebagai
parent mesti akan menyebelahi anak kita... tak kisah salah siapa sebagai orang dewasa kita kena berfikir sebagai orang dewasa, jangan kita juga turut terpengaruh dengan situasi anak-anak berumur 7 tahun.
Setelah mendapat berita tu saya terus hubungi pejabat dan minta
half day memandangkan saya waktu tu tengah
lunch dengan
officemate. Selepas hantar kawan ke pejabat, terus saya pecut ke rumah nak tengok keadaan
My Girl, sebelum tu saya dah sempat wassap pada guru kelas
My Girl. Guru kelas
My Girl rupanya tak ada di sekolah kerana ada mesyuarat di PPD. Habis tu tak ada ke guru lain di sekolah yang boleh pantau budak2 tu di sekolah? hati saya tertanya2 juga...
Bila dah ambik dia di rumah bawa pergi klinik, sempat tanya
My Girl sakit ke? (soalan yang agak tak masuk akal tapi entah la... susah jugak nak jawab napa soalan itu yang di tanya waktu tu....)
My Girl dengan perlahan geleng kepala dan jawab 'tak sakit... sikit je ni ibu...', rasa nak menitis air mata... anak umur 7 tahun pun pandai nak sedapkan hati ibunya dengan jawapan itu walau jelas terlukis diwajahnya kesakitan setiap kali mengerakkan badan atau bila kereta melanggar bonggol di atas jalan...
Sampai di klinik masa pendaftaran
My Girl cuma duduk macam termenung sesuatu sahaja... tidak seaktif seperti biasa... tiada senyuman dan hanya sesekali mengigit bibir bawah mungkin sedang menahan kesakitan. Sesekali bunyi suara berdecit tapi amat perlahan. Mata terus memandang kanak2 bermain sesekali menjeling siaran kartun di TV LCD klinik tapi fikiran seolah2 melayang entah kemana... hati ibu ini berdetup detap melihat mata anak yang sayu. Bila bertembung pandang
My Girl segera tersenyum seolah-olah faham kerisauan ibu, tangan ibu digenggam. Sejuk sangat. Ya Allah!! Anak aku... air mata hampir menitis tapi cepat2 aku tersenyum sambil membuangnya... tidak mahu kekuatan yang mungkin sedang dibina olehnya tumbang dek air mata ibunya yang cenggeng... Aku terus tersenyum dan mengeratkan genggaman tangan, sama2 menyalurkan kekuatan.