nuffnang

Wednesday, October 17, 2012

Minggu yang sangat best...

kenapa yer???
ermmm  korang tak kan tak boleh agak kenapa? sebabnya kerana.... jeng, jeng, jeng.... sebab BOSES semua tak ada di office sepanjang minggu.... :) bestttttt gilerrrrrr.... giler la kami kat office ni.... hahaha...

dari hari isnin nak post belum berjaya post... tapi hari ni menyampah tul la aku dengan Mdm A tu... apa-apalah... malas nk cakap lagi....

sekarang tak boleh ngumpat lagi yer... sebab ada orang dah jumpa kita... semoga lagi dua hari yang berbaki di minggu ini tidak membosankan... jom kita pergi jalan-jalan. ke mana? pergi pasar malam... ehhh hari ni rabu... tak ada pasar malam la... kita pergi family store jer lah... joooommmmm shopping.

Love's...

Friday, October 12, 2012

Little Princess




Wednesday, October 10, 2012

Denyut Jantung Ku untuk Mu


Kisah ni sambungan kepada Denyut Jantung Ku....



Sepanjang darjah 5 dan darjah 6 banyak sekali memori manis, suka dan duka... Maklumlah kami hidup kat kampung masa tu... Walaupun kampung kami berlainan tetapi tidaklah terlalu jauh. Seperti dalam kisah sebelum ini aku sebut abah ku seorang bekas tentera (waktu tu dia masih tentera) jadi abah ku ini terkenal dengan garang. Aku amat takut dengannya. Masa darjah 6 tu kami kankena exam UPSR... Jadi kami di bahagikan kepada beberapa kumpulan... Kebetulan boy ni 1 kumpulan dengan aku plak. Nak jadi cerita kami kena bergilir-gilir pergi ke rumah ahli kumpulan untuk buat discussion. Tapi aku memang tak benarkan sekali-kali mereka pergi ke rumah aku… lagi pula masa tu aku sangat pendiam… (kalau ada member-2 aku dari sekolah rendah jumpa aku sekarang tentu mereka tak percaya inilah diriku yang sebenarnya hari ini. Budak-2 ofis aku memang selalu cakap aku suka bercerita dan kuat membebel… sori lah adik-2… akak korang ni memang suka meleterkan…) ok balik pada cerita tadi… jadinya aku memang pendiam yang teramat sangat… masa tu plak aku ni tersangat kurus tinggidan berkulit gelap… maklumlah aku budak kampung… tapi ada kisahnya macam mana aku jadi macam hari ni dan ada juga kisah kenapa aku jadi sangat pendiam waktu tu… lain kali aku akan citer… masa ni kamikat kelas 6 merah, jadi kat dalam kelas ni mereka masih panggil aku budak baru sebab aku join sekolah ni masa penghujung darjah 4… ada yang masih ingat pada aku dan ada yang tak ingat… dia?? Entahlah… tak pernah aku salami hati dia… tapi masa tu aku suka dia sebagai kawan sebab dia seorang yang penyayang. Masa darjah 6 tu dia ada sorang adik lelaki baru masuk darjah 1, dia sangat caring kat adik dia… aku suka… segalanya tentang dia… di padang, dia kuat berlari… dia pemain bola sepak yang tak kurang hebatnya… masa tu aku bukan siapa-2… dia sangat popular… tapi bestnya masa tu dia bukan orang yang suka memilih kawan… seronoknya masa sekolah rendah tu kami byk enjoy… lepas balik kelas tambahan kami pergi mandi sungai dan main macam-2 game kat padang sekolah… best lah memori tu… aku rindu saat-2 tu… rindu yang teramat sangat…

Hati berdetik… setiap saat dan ketika… dikala pejam mau pun celik… dalam mimpi mau pun jaga… rindu ini tak pernah berhenti membakar gersang hati ini… lirikan matanya, suaranya, lariannya, jalannya… hatta dapat melihat bayangnya hati ku sudah puas… mampukah aku menghentikan denyut jantung ini… dan mampu kah ku persembahkan pada yang hak??? 1st sign… segalanya hanya tentang kamu MSIM… hanya aku dan dia… Tuhan tolonglah, jangan pisahkan aku dan dia… mampukah hati ini berbisik lagi tatkala aku melalui jalan itu…

            Setiap kali ku melihat bumbung rumah mu denyutan jantung ini bagai bergendang… semoga kamu bahagia walau siapa di samping mu…

Love story…