nuffnang

Saturday, February 16, 2013

Novel: Denyut Kasih Medik

Assalamualaikum w.b.t.

Teringat plak tentang tajuk entri ku 'Denyut Jantung Ku' huhuhu... tp entri tu x der kena mengena dengan novel ni pun atau pun x der kena mengena dengan alam medic sebenarnya. Errmmmm...

Tentang novel ini, saya baru jer habis baca novel ni 2 hari lepas. Novel ni memang best la.... saya suka cerita dia, gaya penyampaian yang mudah sampai ke hati pembaca dan gaya bahasa yang senang difahami dan sesuai untuk semua golongan dan peringkat umur. Lagi pula novel ni ada nota kaki yang memudahkan pembaca memahami isi kandungan novel.Terima kasih penulis (Dr. Farhan Hadi). Walau pun sebelum ini saya belum pernah membaca hasil penulisan beliau tetapi penyampaian dalam novel ini membuatkan saya kagum pada beliau. 

Novel ni mengisahkan seorang doktor pelatih yang gigih menyebarkan dakwah dalam persekitaran yang berbeza dari sudut pandangan saya.Bagi kita mungkin seorang doktor hanya merawat penyakit dan memastikan seorang pesakit pulang dalam keadaan yang sihat. Namun doktor muslih pula seorang doktor yang merawat pesakit dari zahir hingga lah batinnya. Dari penyakit yang nampak hingga lah penyakit yang di rasa. Perjuangan doktor pelatih ini merawat pesakit sambil mengaplikasikan syariat di hospital amat lah mulia. Tugas seorang doktor memang mulia tetapi tugas seorang da'i yang di bawa oleh Dr. Muslih bertambah-tambah mulia tugas seorang doktor itu. Saya harap lebih ramai lagi belia-belia yang sudi menginkuti jejak langkah Dr. Muslih. Terima kasih penulis kerana menghidupkan watak Dr. Muslih yang hebat ini.

Selain itu, Dr. Muslih juga seorang kekasih yang amat hebat dalam berkasih sayang dan seorang pencinta yang memuliakan pasangannya. Dan Dr. Muslih seorang sahabat yang sejati dalam membantu rakan-rakannya kembali ke jalan Allah. Masya Allah, seorang pemuda, pendakwah dan doktor yang hebat. Tahniah Dr. Farhan Hadi. 

~Liya~

Tuesday, February 12, 2013

10 Pesanan Allah S.W.T

Abul-Laits Assamarqandi meriwayatkan kepada sanadnya dari Jabir bin Abdillah r.a. berkata Rasulullah S.A.W bersabda : "Allah S.W.T. telah memberikan kepada Nabi Musa bin Imran a.s. dalam alwaah 10 bab :
        i.            Wahai Musa jangan menyekutukan aku dengan suatu apa pun bahawa aku telah memutuskan bahawa api neraka akan menyambar muka orang-orang musyrikin.
      ii.            Taatlah kepada-Ku dan kedua orang tua mu nescaya Aku peliharamu dari sebarang bahaya dan akan Aku lanjutkan umurmu dan Aku hidupkan kamu dengan penghidupan yang baik.
    iii.            Jangan sekali-kali membunuh jiwa yang Aku haramkan kecuali dengan hak nescaya akan menjadi sempit bagimu dunia yang luas dan langit dengan semua penjurunya dan akan kembali engkau dengan murka-Ku ke dalam api neraka.
    iv.    Jangan sekali-kali sumpah dengan nama-Ku dalam dusta atau durhaka sebab Aku tidak akan membersihkan orang yang tidak mensucikan Aku dan tidak mengagung-agungkan nama-Ku.
      v.            Jangan hasad dengki dan iri hati terhadap apa yang Aku berikan kepada orang-orang, sebab penghasut itu musuh nikmat-Ku, menolak kehendak-Ku, membenci kepada pembahagian yang Aku berikan kepada hamba-hamba-Ku dan sesiapa yang tidak meninggalkan perbuatan tersebut, maka bukan daripada-Ku.
    vi.            Jangan menjadi saksi terhadap apa yang tidak engkau ketahui dengan benar-benar dan engkau ingati     dengan akalmu dan perasaanmu sebab Aku menuntut saksi-saksi itu dengan teliti atas persaksian mereka.
  vii.       Jangan mencuri dan jangan berzina isteri jiran tetanggamu sebab nescaya Aku tutup wajah-Ku daripadamu dan Aku tutup pintu-pintu langit daripadanya.
viii.          Jangan menyembelih korban untuk selain dari-Ku sebab Aku tidak menerima korban kecuali yang disebut nama-Ku dan ikhlas untuk-Ku.
    ix.           Cintailah terhadap sesama manusia sebagaimana yang engkau suka terhadap dirimu sendiri. Jadikan hari Sabtu itu hari untuk beribadat kepada-Ku dan hiburkan anak keluargamu. Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda lagi : "Sesungguhnya Allah S.W.T menjadikan hari Sabtu itu hari raya untuk Nabi Musa a.s. dan Allah S.W.T  memilih hari Juma'at sebagai hari raya untukku."

Wednesday, February 6, 2013

Belum ada judul...



Kicauan riang sang murai menarik perhatiannya. Entah apa yang dibicarakan murai-murai tersebut. Mungkin mereka sedang menyebarkan berita tentang remaja-remaja yang sedang leka dan hanyut atau tentang dunia yang sedang terbakar dek pergaduhan sesama manusia sejagat. Kicauan itu berbunyi nyaring dan di sahut oleh bunyi katak dan ungas lain yang kedengaran riang menyabut mentari pagi. 

Seekor burung hinggap pada pagar balkoni sebuah villa di pinggir hutan, sang serindit seolah-olah sedang berkata-kata dengan si gadis yang sedang menongkat dagu di balkoni. Si gadis perlahan-lahan melangkah ke arah sang serindit kecil sambil menghulurkan tangannya yang putih mulus. Sang serindit berundur perlahan-lahan sambil mata masih bertentang dengan si gadis yang jelita. Si gadis mengangguk perlahan-lahan sambil berkata sesuatu. Melihat sang serindit yang masih kaku di hujung balkoni, keluhan kecil terluah dibibir comel gadis ini. Sang serindit terbang rendah dan segera hinggap pada telapak tangan gadis apabila rasa kepercayaan terhadap gadis meresap ke dalam hatinya. Si gadis kembali ceria, senyumannya memekar umpama mawar berkembang di pagi hari. Sang serindit terhibur melihat senyuman itu dan terus menyanyi riang di tapak tangan gadis. Si gadis bertambah gembira dan menari berpusing-pusing seperti puteri Cinderella. 

Si gadis dan sang serindit sama-sama menari dan menyanyi di balkoni mengikut rentak dan bahasa masing-masing. Beberapa saat rakan-rakan sang serindit berhimpun dan sama-sama menari riang di balkoni tersebut. Ada yang lepak atas kerusi rotan yang disediakan ada yang lepak di atas pasu bunga yang tergantung dan ada  yang lepak atas pagar balkoni. Mereka semua terpesona melihat si gadis menari.

Bunyi keriut pintu segera mengejutkan mereka, sang serindit dan rakan-rakan segera terbang kembali ke hutan. Namun sang serindit hinggap di pokok kemboja berhampiran. Dia masih memerhati si gadis dan wanita jelita yang baru masuk ke bilik itu berbicara. Dia terpesona melihat kemesraan mereka berdua.

“Hana buat apa tu? Kenapa belum mandi? Daddy tunggu Hana kat bawah… jom sarapan sama-sama. Mummy masak istimewa untuk anak mummy ni”, Sophea mencium pipi anaknya. Lalu dia mengerutkan muka dan menutup hidungnya dengan dua jari.

“Eiii busuknya anak mummy ni… belum mandi lagi”, Hana yang sedar dia dikenakan oleh ibunya itu memicit pipi ibunya. Kulit yang putih itu segera bertukar warna kemerahan akibat di picit kuat oleh Hana. 

“Dah cepat pergi mandi, daddy tunggu Hana kat bawah tu”, Sophea melarikan wajahnya dari terus di picit oleh anaknya itu.

“Alah tak mau, mummy cakap Hana busuk”, Hana pura-pura merajuk sambil baring meniarap di atas katil. Sophea yang sedar kemudiannya Hana telah merajuk lalu cepat-cepat dia mendekati anaknya dan membelai rambut Hana yang berwarna perang bulu jagung diwarisi dari dia sendiri. Namun di sangat kagum dengan rambut Hana yang lebat dan lurus itu.