nuffnang

Wednesday, May 14, 2014

Sahabat




Friday, July 19, 2013

Doa semasa bersedih atau berdukacita



ertinya:

Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada hambaMu, anak kepada hamba perempuanMu, ubun-ubunku di tanganMu, terlaksana ke atasku hukumanMu dan adil kehakimanMu terhadapku, aku memohon kepadaMu dengan setiap nama yang Engkau namakan dengannya diriMu, atau Engkau turunkan di dalam kitabMu, atau Engkau telah mengajarnya kepada seseorang daripada makhlukMu atau yang tersembunyi pada ilmu ghaib di sisiMu, jadikanlah Al-Quran penenang hatiku, cahaya di dadaku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku.



ertinya:

 Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada ditimpa kesusahan dan kedukaan daripada kelemahan dan kemalasan, daripada kedekut dan perasaan takut dan daripada desakan berhutang dan paksaan orang.

Tuesday, July 16, 2013

Air Kathira / Katira

Assalamualaikum...

Puasa vs demam selsema... penat sangat. Petang Ahad jalan-jalan di Bazar Ramadhan Kelana Jaya, bawa puteri kesayangan. Punye la hepi dia dapat jalan-jalan di tengah lautan orang ramai tu, yang ibu dia ni plak dah termengah-mengah kepenatan. Awalnye hujan macam nak lebat, jadi kami singgah di Giant lepak-lepak dulu. Jam 4 baru start jalan, parking jauh sikit kat area perumahan pegawai kanan polis tu, tapi tak per lah sebab Liya memang tak suka dengan sesak ni. Ada satu gerai kat tengah-tengah bazar ni jual air dan roti john. Air dia ada la 5-6 balang air kot tapi yang menariknyer dia ada air Kathira Johor. Lagi menarik air Kathira dia ada 3 warna... hmmm tak sempat la plak nak ambik gambar masa tu sebab tangan sebelah tengah pegang sufiah dan sebelah tengah pegang juadah yang dah dibeli. Memang menarik dan mengiurkan... ada 3 jenis Kathira, Strawbery Kathira, Pandan Kathira dan Blue Kathira. Liya beli Pandan Kathira dan untuk Sufiah mestilah Strawbery Kathira. Rasa dia memang la sangat sedap... yang pandan tu bila minum rasa harum bau pandan dan ada macam sikit rasa macam pisang la.... tapi tak pasti sangat sebab dia rasa manis dan campuran bahan-bahan selasih, kembang semangkuk dan barli dia memang syok habis. Memang lepas minum rasa rugi tak beli 2 bungkus. Rasa dia memang tak sama dengan kathira yang biasa Liya beli. Strawbery jugak sedap. Rasa berry tu memang sedap. Tapi Liya memang suka rasa Pandan la... nanti kalau singgah lagi Liya nak rasa Blue Kathira dia. 

Roti John dia pun sedap... sebab rasa daging ayam dia bukan daging cincang rasanya sebab nampak dan dapat rasa macam daging ayam fresh masa kita kunyah tu... memang abang tu buat simple jer. Tapi packing dia guna plastik say-ful (kalau tak silap la ejaan dia).

p/s: memang masih teringat-ingat lagi rasa air kathira hijau tu... warna dia ajer dah membuat kecur air liur. :) Maaf la sebab bercerita tentang makanan / minuman bulan puasa ni. Sorry cuma nak share dengan kawan-kawan, kalau ada makanan / minuman menarik dari bazar sekitar K.L / Selangor boleh la kongsi kan.

~Liya Sufiah~