Abul-Laits Assamarqandi meriwayatkan kepada sanadnya dari
Jabir bin Abdillah r.a. berkata Rasulullah S.A.W bersabda : "Allah S.W.T.
telah memberikan kepada Nabi Musa bin Imran a.s. dalam alwaah 10 bab :
i.
Wahai Musa jangan menyekutukan aku dengan suatu apa pun
bahawa aku telah memutuskan bahawa api neraka akan menyambar muka orang-orang
musyrikin.
ii.
Taatlah kepada-Ku dan kedua orang tua mu nescaya Aku
peliharamu dari sebarang bahaya dan akan Aku lanjutkan umurmu dan Aku hidupkan
kamu dengan penghidupan yang baik.
iii.
Jangan sekali-kali membunuh jiwa yang Aku haramkan kecuali
dengan hak nescaya akan menjadi sempit bagimu dunia yang luas dan langit dengan
semua penjurunya dan akan kembali engkau dengan murka-Ku ke dalam api neraka.
iv. Jangan sekali-kali sumpah dengan nama-Ku dalam dusta atau
durhaka sebab Aku tidak akan membersihkan orang yang tidak mensucikan Aku dan
tidak mengagung-agungkan nama-Ku.
v.
Jangan hasad dengki dan iri hati terhadap apa yang Aku
berikan kepada orang-orang, sebab penghasut itu musuh nikmat-Ku, menolak
kehendak-Ku, membenci kepada pembahagian yang Aku berikan kepada hamba-hamba-Ku
dan sesiapa yang tidak meninggalkan perbuatan tersebut, maka bukan daripada-Ku.
vi.
Jangan menjadi saksi terhadap apa yang tidak engkau ketahui
dengan benar-benar dan engkau ingati dengan akalmu dan
perasaanmu sebab Aku menuntut saksi-saksi itu dengan teliti atas persaksian
mereka.
vii. Jangan mencuri dan jangan berzina isteri jiran tetanggamu
sebab nescaya Aku tutup wajah-Ku daripadamu dan Aku tutup pintu-pintu langit
daripadanya.
viii.
Jangan menyembelih korban untuk selain dari-Ku sebab Aku
tidak menerima korban kecuali yang disebut nama-Ku dan ikhlas untuk-Ku.
ix. Cintailah terhadap sesama manusia sebagaimana yang engkau
suka terhadap dirimu sendiri. Jadikan hari Sabtu itu hari untuk
beribadat kepada-Ku dan hiburkan anak keluargamu. Kemudian Rasulullah S.A.W
bersabda lagi : "Sesungguhnya Allah S.W.T menjadikan hari Sabtu itu hari
raya untuk Nabi Musa a.s. dan Allah S.W.T memilih hari Juma'at sebagai hari raya
untukku."