nuffnang

Monday, April 15, 2013

Perangai Lelaki yang susah orang perempuan nak faham (Mengikut Zodiak)

Info ni didapati dari Mr. Google... tx Mr. Google...
Nota: semua yang tertaip ini kalau terkebetulan tu jadikan panduan tapi jangan lah terlalu taksub O.K???

  1. Cancer (22 Jun-23 Julai) 
  2. Scorpio (24 Oktober-22 November) 
  3.  Pisces (20 Februari-20 Mac)
  4. Gemini (22 Mei-21 Jun)
  5. Libra (24 September-23 Oktober)
  6. Aquarius (21 Januari-19 Februari).
  7. Aries (21 Mac-20 April)
  8. Leo (24 Julai-23 Ogos) dan
  9. Sagittarius (23 November-21 Disember).
  10. Taurus (21 April-20Mei),
  11. Virgo (24Ogos-23 September)
  12. Capricon (22 Disember-20 Januari).


http://www.math.nus.edu.sg/aslaksen/projects/sundials/images/Queens%27Dial_zodiac%20copy.jpg
Aries
  1. -Badannya tidak tinggi tetapi tetap tegap dan kuat berkerja.
  2. -Pada badannya banyak bulu,suka bergaul, bersemangat dan bercita-cita, menjadikan dia seorang pemimpin
  3. -Dia lebih suka mengarah,berani dan suka menjelajah .Dia tidak tekun ,dia lebih suka memulakan sesuatu tetapi kemudian menyuruh orang lain menyelesaikan kerja itu.
  4. -Dia mementingkan lahiriah dan mudah bergaul tetapi agak kurang keyakinan ,terutamanya dari segi daya penarik,dia mungkin risau kerana tubuhnya kecil misalnya,kerana ini dia biasanya mencari kawan yang kualitinya kurang berbanding dirinya,dan ini juga menyebabkan dia mudah cemburu dan kurang yakin dalam hubungan dengan wanita.
  5. -Di samping itu dia merupakan seorang yang panas baran maka selalulah timbul keributan dalam hal berkasih sayang. Padanya inta adalah amat pentincg ,kerana dia benci hidup keseorangan ,dan kerana dia merasa bangga ada orang yang sanggup menyerahkan jiwa raganya kepadanya .
  6. -Ketika mula bercinta dia baik hati ,mudah jenaka dan bersukaria tetapi apabila telah lama berkenalan ,dia selalu menyakitkan hati, curiga dan marah-marah.
 
Gemini
  1. -Lelaki Gemini mempunyai muka dan badan yang menarik,adab dan senyumannya juga menarik menyebabkan orang ramai tertarik kepadanya.Dia seorang yang bijak berfikir ,ingatannya bijak dan teratur menjadikan ia pasangan yang menarik dan pandai menguruskan diri..
  2. -Dia mungkin bekerja sebagai jurujual di mana dia berpeluang memujuk dan mempengaruh orang lain .Dalam menjadi pasangan hidup dia suka wanita yang boleh berfikiran sendiri ,yang tidak pendiam ,dan yang cerdik bukan cantik menjadi keutamaanya .
  3. -Dia suka kepada luahan emosi ,kerana itu dianggap kebudakan dan remeh ,dan kerana itu dia bermasalah untuk jatuh cinta kerana menganggap bahawa bila jatuh cinta , dia akan memberi banyak kuasa kepada kekasihnya, dan kerana itu, pasangannya yang ideal adalah yang sanggup berkongsi akal , bukan hati.
  4. -Lelaki ini tidak begitu berminat dalam hubungan kelamin , dan menganggap ianya tidak menarik dan sedikit menjijikkan .Dia mengetahui mengenai hubungan kelamin dari rasa ingin tahu bukan dari rasa berahi.
  5. -Dia bukanlah seorang kekasih yang bersungguh , kerana sukar melibatkan emosi dalam bercinta kerana sebab itu biasanya dia berkahwin lambat dan memilih pasangan yang jauh lebih tua darinya ,yang mempunyai nafsu syahwat yang rendah padanya ,Wanita yang ideal ialah yang banyak harta ,lebih tua, tetapi dia boleh jugak memilih wanita muda ,yang boleh memberikan perhatian kepadanya bagi meninggikan egonya dan lagaknya.
Cancer
  1. -Lelaki ini menyembunyikan aspek dalamannya yang lembut dengan kekerasan .Dia adalah lelaki yang amat sensitif dan mudah terusik dan mudah menangis.
  2. -Sifat ini amat menarik perhatian wanita dan menimbulkan simpati dan sifat keibuan terhadapnya ,tetapi tidak patut dilakukan terlalu kerap kerana mungkin di tuduh sebagai pondan . Kebahagiaan rumahtangga amat penting baginya ,dan rumahtangganya yang bermasalah akan menjadikannya amat dukacita .
  3. -Jika dia belum berkahwin , dia mungkin tinggal bersama ibubapanya dia tidak suka berfoya-foya .Dalam pwergaulan dia lebih suka mencari pasangan hidup .Mencari pasangan hidup agak sukar baginya, kerana dia kurang kemas , pemalu dan kurang dorongan , serta dia perlukan wanita yang pandai menjaga rumah , berharta dan pendapatan baik.
  4. -Antara kelemahannya ialah dia suka mengkritik dan mengadu , dan menganggap tidak ada perkara yang benar memuaskan hatinya. Walaubagaimanapun , dia adalah suami yang setia , dan amat sukar untuk bercerai.
Leo
  1. -Dia seorang yang agak tinggi ,kurus , gerakanya cepat tetapi lembut. Matanya besar dan menarik , dan rambutnya ikal .Bibirnya mungkin nipis .Dia suka menolong dan membantu orang. Dia berkeyakinan dan berpersonaliti kuat , ini membolehkannya maju dan memimpin .
  2. -Dia juga suka menjadi popular dan di puji .Kehidupan cinta adalah penting padanya kerana dengan adanya orang yang mengasihinya membuatkan dirinya penting .Bila dia terlibat dalam hal romantik , dia mudah bernafsu tetapi mudah pula reda
  3. -Rupanya yang tampan dan yakin menyebabkan pasangannya merasa bertuah , tapi pasanganya perlulah menghormatinya , dan setia, kerana dia adalah lelaki yang cemburu, dari itu sebagai isterinya , jangan mudah anda melihat atau merngerling lelaki lain .
  4. -Lelaki ini percaya kepada perkahwinan dan menganggap rumahnya sebagai tempat berehat , dan isterinya memberikan keselesaan setelah dia penat bekerja.

Virgo
  1. -Dia adalah lelaki yang agak kurus , tingginya serderhana , bahunya agak lebar, bulu keningnya panjang dan cantik , dan dahinya luas , matanya nampak sedih tetapi lembut , dan ini menarik perhatian wanita .
  2. -Sifatnya amat berhati-hati , nafsu syahwatnya rendah , dan kerana ini , dia kelihatan tidak pasti, dan seolah-olah kekasih yang tertahan-tahan .Dia adalah lelaki yang mementingkan kebijaksanaan .Dia mahukan kesempurnaan , sentiasa mahu mengawal , dan jarang sekali terbawa oleh cinta .
  3. -Dia mengkritik dan mengadu.Dia juga agak mementingkan hal-hal yang halus terperinci , juga beradab, dan ini menjadikannya pasangan yang setia dan mengambil berat . Dia akan mengkahwini wanita yang ada wang dan yang boleh membantunya secukupnya .
  4. -Sifat bimbangnya membuatkannya sukar bertenang apabila berpasangan , dan ini menjadikan dia kekasih yang kurang memuaskan , dan dia cepat sekali menyalahkan orang lain walaupun dia sebenarnya bersalah .Dia juga mengambil berat mengenai kesihatan dan kecergasannya.
Libra
  1. -Dia seorang yang seksi , tubuhnya agak menarik , pakainya agak kemas ada gaya bersih dan segar. Matanya biasanya besar , bersinar dan menarik.Mulutnya agak penuh dan menawan .
  2. -Jika lelaki mungkin mempunyai bentuk badan sedikit kewanitaan seperti bulu roma yang sedikit , atau bahu yang kecil. Lelaki Libra tidak gemar tangannya kotor , dia suka pekerjaan yang mempertingkatkan paras rupa orang lain seperti mendandan rambut , pereka fesyen atu menjual barangan kecantikan .
  3. -Sikapnya terbuka , menyenangkan , suka bergaul , ramai kawan .Sopan dan simpati .Antara kelemahannya ialah dia sukar memutuskan sesuatu yang tidak di sukainya ,ini mungkin mengakibatkan dia berkahwin dengan pasangan yang tidak sesuai .
  4. -Walaupun dia lelaki popular di kalangan wanita , emosinya di kawalnya dan dia kelihatan seperti pasangan yang kurang mengasihi .Pada mulanya wanita tertarik padanya kerana dia bertimbang rasa dan berhati-hati , kemudian setelah beberap lama , sikap itu tenggelam .
  5. -Dia biasanya adalah orang yang cermat dalam berbelanja tetapi agak boros pula dari segi membeli baju , wangian , atau perabot .Dia membelanjakan banyak wang untuk menarik perhatian orang yang dicintainya atau sesiapa yang di anggap penting.
Scorpio
  1. -Tubuhnya biasanya kecil , tingginya jarang melebihi ketinggian sederhana .Mukanya lebar dan nampak kuat dengan tulang pipi yang jelas ,hidungnya mempunyai hujungan yang lembut dan lubang hidungnya besar .
  2. -Renungannya yang tajam seolah-olah dapat membaca isi hati orang lain .Samada hatinya gembira atau sebaliknya dapat dilihat dari cara dia jalan , dia akan berjalan dengan tenang bila hatinya suka dan tidak menentu bial dia kegelisahan .
  3. -Dia seorang yang intuitif dan mudah tersinggung perasaannya tetapi dapat menyembunyikan keadan itu dengan rupa zahiriah yang agak cekal .Dia akan berusaha bertahun- tahun untuk mencapai cita-citanya atau untuk membalas dendam .
  4. -Suka jika dapat menunjukkan kuasa , dan nampak lebih dominan dalam perhubungan .
Sagittarius
  1. -Dia seorang yang suka bergaul , suka hidup yang baik dan berpoya .Dia adalah insan yang paling romantik ,Dia menarik , mudah suka bergaul dengan seorang yang suka kepada hiburan dan berjalan ke tempat tempat yang menawan .
  2. -Dia mungkin berkerja dalam bidang undang -undang , agama atau politik . Tubuh badannya agak tinggi , tubuh agak langsing dan menarik semasa muda tetapi semakin berisi semakin tua .Mukanya panjang ,dahinya agak tinggi tapi sempit, hidungnya agak mancung dan ketika suka hidung itu menjadi kembang .Giginya besar .
  3. -Dari segi berpakaian , dia suka memakai pakaian yang kasual dan longgar .Dia lelaki yang agak boros , dan jika tidak berhati-hati , mungkin terlibat dalam perjudian .Lelaki ini suka jika dapat berteman dengan wanita dan mudah pula jatuh hati .
  4. -Tapi dia tidak suka terikat dalam masa yang panjang .Ramai lelaki berbintang sagitarius yang kahwin lebih dari satu atau lelaki yang menyimpan wanita lain .
Capricorn
  1. -Lelaki ini lebih berhati- hati dalam hidup , dan selalu melakukan sesuatu berdasarkan kaedah .Dia tidak suka menukar -nukar rancangan yang telah dibuatnya .
  2. -Dia agak pendiam ,suka bekerja sendiri .Dia adalah jenis pendendam dan akan ingat pada kejahatan yang di lakukan terhadap dirinya hingga bertahun-tahun .
  3. -Mungkin dialah paling tidak menarik kerana dia mendekati wanita menggunakan cara intelek .Dia mungkin kurang selesa dengan wanita yang beremosi tinggi tetapi sanggup berkahwin dengannya jika dia boleh membantu mencapai kejayaan dalam kerjaya .
  4. -Lelaki ini sukar jatuh cinta ,tetapi jika sudah jatuh cinta ,dia akan amat mencintai .Dalam hidup bercinta ,dia kurang di sukai .Dia mementingkan keluarganya , dan dia akan akan menyatakan apa yang dia fikirkan .
  5. -Apabila berkahwin ia agak lokek dari segi kewangan .Dalam pergaulan , dia lebih suka kepada yang lebih tua dan konservatif.
Aquarius
  1. Tubuhnya agak tinggi, dan kurus , tangan dan kakinya besar , bahunya lebar .Mungkin rambutnya nipis .pakaiannya agak luar biasa.
  2. -Dia adalah lelaki yang pandai bercakap dan suka kepada cakap-cakap intelek .Dia agak kurang romantik .Dia sukar jatuh cinta kerana dia tidak mahu kecewa .
  3. -Dia suka persahabatan yang sekejap berbanding hubungan yang panjang .Lelaki ini suka ketawa dan mempunyai perkara-perkara yang menarik untuk dilakukan , tetapi dia boleh jadi pendiam pada suatu masa dan agak mengecewakan kekasihnya .Dia mungkin lambat berkahwin kerana tidak suka terikat .Dari segi seksual dia lebih mementingankan seks dari kasih sayang , dan dia lebih suka kepada ramai pasangan .
  4. -Walaupun begitu , dia pandai menyembunyikan rahsianya itu bagi menjaga hati kekasihnya .Sebagai lelaki , dia disukai oleh teman wanitanya kerana dia agak berbeza dan menarik , tetapi dia adalah mengecewakan dari segi membuat komitmen .
Pisces
  1. Dia lelaki yang agak pendek dan berisi dengan muka yang agak bulat dan besar serta berjerawat .Dari segi berpakaian ,mungkin dia kelihatan kurang kemas .Walaupun dari segi zahiriah dia agak kurang menarik , dia mempunyai personaliti yang bagus boleh berjenaka dan baik hati
  2. -.Dia adalah lelaki yang pandai mengagak dan bersimpati tinggi, tetapi, hatinya selalu bimbang . Dia tidak suka berkelahi dan sedaya upaya mengelakkannya. Hidupnya suka menggembirakan hati orang lain , dia agak romantik dan mementingkan perasaan pasangan .Tetapi dia agak pemalu dan kurang keyakinan , menyebabkan dia lambat dalam hal menambat wanita .
  3. -Dia agak sukar dari segi membuat keputusan , dan agak bertangguh untuk kahwin . Oleh kerana kelemahan ini , dia mudah dipengaruhi atau ditinggalkan .Tapi dari segi bercinta , dia adalah seorang yang hangat , mengambil berat dan mengasihi , serta menghiburkan .

Rahsia Bulan Kelahiran Mengikut Kajian 25 Tahun Dr Fadhilah Kamsah

Sebenarnya perkara ni saya dah baca masa sekolah menengah lagi... masa tu saya kat Asrama MMP (ting. berapa lupa) merata sekolah tersebar. tapi bila baca saya terfikir ada jugak lah sikit2 kena dengan karekter saya... sebenarnya bukan percaya ramalan tapi ini adalah bentuk kajian jadi mungkin kajian ini telah dijalankan secara rawak kepada org2 tertentu... cuba kita nilai diri kita semula berpandu pada KAJIAN ini.

JANUARI
bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik, sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik, rajin dan setiap yg dibuat nampak keuntungan, suka smart, kemas dan teratur bersifat sensitif , berfikiran mendalam, pandai mengambil hati org lain, pendiam kecuali telah dirangsang, agak pemalu, daya tumpuan yang sangat tinggi, mudah mendisiplinkan diri sendiri, badannya sihat tetapi mudah diserang selsema, bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamirkannya, cukup sayang pd kanak-kanak, suka duduk rumah, setia pada segala-galanya, perlu belajar kemahiran sosial, cukup cemburu yg sangat tinggi

FEBRUARI
berfikiran abstrak, sukakan benda yang reality dan abstrak inteligent, bijak dan genius, berpesonality yg mudah berubah, mudah menawan org lain, agak pendiam. Pemalu dan rendah diri, jujur dan setia pd segalanya, keras hati untuk mencapai matlamat, tidak suka dikongkong, mudah memberontak apabila dikongkong, suka kegiatan yg lasak, emosinya mudah terluka dan sgt sensitif, mudah mempamirkan marahnya, tidak suka benda yg remeh-temeh, suka berkawan tapi kurang mempamerkannya, sangat berani dan suka memberontak, bercita-cita tinggi dan suke berangan-angan dan ada harapan utk merealisasikan impiannya, pemerhatian yg tajam, suka hiburan dan sukan, suka benda yg bersifat seni, sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran, berkecenderungan pd benda yg tahyul, amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros, belajar untuk mempamirkan emosi

MAC
berpesonaliti yg menarik dan menawan, mudah didampingi, sgt pemalu dan pemendam rasa, sgt baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati, sgt sensitif pd perkataan yg dituturkan dan alam persekitaran, suka pada kedamaian, sgt peka kepada orang lain, sesuai dgn kerjaya yg memberi khidmat kepada org lain, tidak cepat marah dan sangat amanah, tahu balas budi dan tahu kenang budi, pemerhatian dan penilaian yg sangat tajam, kecenderungan utk berdendam jika tidak dikawal, suka berangan-angan, suka melancong, sgt manja dan suka diberi perhatian yg sangat tinggi, kelam kabut dalam memilih pasangan, suka dgn hiasan rumahtangga, punya bakat seni dalalm bidang muzik, kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik, jgn terlalu moody.

APRIL
sgt aktif dan dinamik, cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal, sgt menarik dan pandai manjakan diri, punya daya mental yg sangat kuat, suka diberi perhatian, sgt diplomatik (pandai memujuk ), berkawan dan pandai menyelesaikan masalah org, sgt berani dan tiada perasaan takut, suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah, emosi cepat terusik, try control the emotion, kecenderungan bersifat dendam, agresif, kelam kabut utk membuat keputusan, kuat daya ingatan, gerak hati yg sangat kuat, pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan org lain, berpenyakit disekitar kepala dan dada, sgt cemburu dan terlalu cemburu

MEI
kekerasan hati & degil, kuat semangat & bermotivasi tinggi, pemikiran yg tajam, mudah marah apabila tidak dikawal, pandai menarik hati org lain & menarik perhatian, perasaan yg amat mendalam, cantik dr segi mental & fizikal, tidak perlu dimotivasikan, tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh org lain, mudah dipujuk, bersikap sistematik (otak kiri)suka berangan, kuat daya firasat, memahami apa yg terlintas di hati org lain tanpa diberitahu, bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit, daya khayalan yg tinggi permikiran yg tajam, pandai berdebat, fizikal yg baik, kelemahan sistem pernafasan, suka sastera,seni & muzik serta melancong, tidak berapa suka duduk dirumah, tidak boleh duduk diam, tidak punya ramai anak, rajin dan bersemangat tinggi, agak boros

JUN
berfikiran jauh & berwawasan, mudah ditawan krn sikap baik, berperangai yg lemah lembut, mudah berubah sikap, perangai idea @ mood idea yg terlalu banyak dikepala, bersikap sensitif, otaknya aktif (sentiasa berfikir), sukar melakukan sesuatu dgn segera, bersikap suka menangguh-nangguh, bersikap terlalu memilih & mahukan yg terbaik, cepat marah & cepat sejuk, suka bercakap & berdebat, suka buat lawak & bergurau, otaknya cerdas berangan-angan, mudah berkawan & pandai berkawan, org yg sangat tertib, pandai mempamerkan sikap mudah kecil hati, mudah kena selsema, suka berkemas, cepat rasa bosan, sikap terlalu memilih & cerewet, kurang mempamerkan perasaan, lambat nak sembuh apabila terluka hati, suka kepada barang yang berjenama, mudah menjadi eksekutif, kedegilan yg tidak terkawal, sesiapa yg memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah kawan saya.

JULAI
Sangat seronok didamping, Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki, Agak pendiam kecuali diransang, Ada harga dan maruah diri, Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan Mudah dipujuk dan bercakap lurus Sangat menjaga hati orang lain Sangat peramah Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya Berjiwa sentimental jarang berdendam mudah memaafkan tapi sukar melupakan tidak suka benda remeh-temeh membimbing cara fizikal dan mental sgt peka, caring dan mengasihi serta penyayang layanan yg serupa dgn semua orang tinggi daya simpati pemerhatian yg tajam suka menilai org lain dgn pemerhatian mudah dan rajin belajar suka muhasabah diri suka megenangkan peristiwa atau kawan lama suka mendiamkan diri suka duduk dirumah suka tunggu kawan tapi tak cari kawan tak agresif kecuali terpaksa lemah dari segi kesihatan perut mudah gemuk kawal tak kawal diet minta disayangi mudah terluka hati tapi lambat pulih terlalu mengambil berat rajin dalam membuat kerja

OGOS
suka berlawak, mudah tertawan kepadanya, sopan santun dan caring terhadap org lain, berani dan tidak tahu takut. orgnya agak tegas & bersikap kepimpinan, pandai pujuk org lain terlalu pemurah & bersikap ego, nilai harga diri yg sangat tinggi, dahagakan pujian, semangat juang yg luar biasa. cepat marah & mudah mengamuk, mudah marah apabila cakapnya dilawan. sangat cemburu, daya pemerhatian yg tajam & teliti, cepat berfikir, fikiran yg berdikari, suka memimpin & dipimpin. sifat suka berangan, berbakat dlm seni lukis, hiburan & silat. sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk. cepat apabila ditimpa penyakit, belajar utk relax, sikap kelam kabut, romantik, pengasih, penyayang suka mencari kawan

SEPTEMBER (ini aku)
sangat bersopan santun & bertolak ansur sangat cermat,teliti & teratur suka menegur kesilapan org lain & mengkritik pendiam tapi pandaI bercakap sikap sangat cool sangat baik & mudah simpati sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur. Kerja yg dilakukan sangat sempurna sangat sensitif yg tidak diketahui org yg banyak berfikir daya pentaakulan yg baik otak bijak & mudah belajar suka mencari maklumat kawal diri dari terlalu mengkritik pandai mendorong diri sendiri mudah memahami org lain(daya firasat yg tinggi) krn banyak simpan rahsia suka sukan, hiburan & melancong kurang menunjukan perasaannya terluka hatinya sangat lama disimpan terlalu memilih pasangan sukakan benda yg luas bersistematik.

 

OKTOBER
suka sembang suka org yg sayang padanya suka ambil jln tengah sangat menawan & sopan santun kecantikan luar & dalam tidak pandai berbohong & berpura-pura mudah rasa simpati, baik pentingkan kawan sentiasa berkawan hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama cepat marah macam pentingkan diri sendiri tidak menolong org kecuali diminta suka melihat dari perspektifnya sendiri tidak suka terima pandangan org lain emosi yg mudah terusik suka berangan & pandai bercakap emosi yg kelam kabut daya firasat yg sangat kuat (terutamanya perempuan) suka melancong,bidang sastera & seni pengasih, penyayang & lemah lembut romantik dlm percintaan mudah terusik hati & cemburu ambil berat tentang org lain suka kegiatan luar org yg adil boros & mudah dipengaruhi persekitaran mudah patah semangat

NOVEMBER
banyak idea dalam perkara, sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya, berfikiran kehadapan, berfikiran unik dan bijak, penuh dgn idea-idea baru yg luar biasa, pemikiran yg tajam, daya firasat yg sgt halus dan tinggi, bagus utk jadi doktor, cermat dan teliti, personality dinamik, sifat yg berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia, banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra, berani, pemurah, setia dan byk kesabaran, terlalu degil dan keras hati, apabila hendak. Diusahakan sehingga berjaya, tak suka marah kecuali digugat, mudah ambil berat terhadap orang lain, pandai muhasabah diri, cara berfikir lain dari org lain, otak yg sangat tajam, pandai mendorong diri sendiri, tidak hargai pujian, kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi, dan apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya, badan yg tough, kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam, romantik, tidak pasti dgn hubungan kasih sayang, suka duduk dirumah, sangat rajin dan berkemampuan tinggi, amanah, jujur setia dan pandai berahsia, tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi, bercita-cita tinggi, perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER
Sangat setia dan pemurah Bersifat patriotik Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa Bercita-cita tinggi Suka menjadi orang yang berpengaruh dlm organisasi Seronok didampingi Suka bercampur dgn org Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai Sangat jujur amanah dan bertolak ansur Tidak pandai berpura-pura Cepat marah Perangai yg berubah-ubah Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi Benci pada kongkongan Suka berlawak Pandai buat lawak dan berfikiran dgn logik

Drama TV9 : Cinta dan Cita

1st time say tertengok drama ni masa hari ahad lepas episod 12 terus terpikat nak tengok lebih lagi. So say terus google dan tengok dari episod 1 - 13 (akhir). Saya terharu dengan kisah persahabatn yang terjalin antara Mia, Lili dan Oja dalam cerita ni. Walau pun mereka bukan lah watak utama dan bukan fokus utama cerita ni tapi motif persahabatan mereka membuat saya merindui sahabat2 saya dan berharap supaya bila saya jatuh ada sahabat yang datang dan bagi semangat untuk bangkit kembali... Saya harap kisah ni dipanjangkan lagi.

Link untuk kengkawan yang nak tengok drama ni. http://www.youtube.com/watch?v=kqui_Y_NwJk enjoy this drama.