nuffnang

Friday, October 24, 2014

Sahabat



Titipan buat kau yang dikasihi lagi dirindui

Demi Cinta Yang Maha Esa,
Aku redha Ya Allah, 

Kau dekat  namun sukar ku sentuh lagi
Kau hampir namun sukar ku tatap lagi
Ingin ku bawa kau kembali ke dakapan
Ingin ku renung lama wajah manis itu lagi
Ingin ku dengar jua bait-bait bicara mu

Teman
Namun kini, hanya
haruman mu lekat di atmosfera ingatan
mekar senyum mu menemani igauan
Mersik bicara mu melewati langkau masa

Aku kini, pasrah
Andai kita tiada bersua lagi
biarlah cinta ini terukir hingga taman Firdausi
aku mencintai mu kerana Yang Esa
sesekali rindu itu bertamu, aku kian tega
betapa pedihnya ujian rindu ini
andai perpisahan adalah sebuah pengorbanan
Ku harap ia bakal menyatukan kita di dunia yang abadi

No comments :

Post a Comment