nuffnang

Showing posts with label Kongsi. Show all posts
Showing posts with label Kongsi. Show all posts

Monday, April 15, 2013

Drama TV9 : Cinta dan Cita

1st time say tertengok drama ni masa hari ahad lepas episod 12 terus terpikat nak tengok lebih lagi. So say terus google dan tengok dari episod 1 - 13 (akhir). Saya terharu dengan kisah persahabatn yang terjalin antara Mia, Lili dan Oja dalam cerita ni. Walau pun mereka bukan lah watak utama dan bukan fokus utama cerita ni tapi motif persahabatan mereka membuat saya merindui sahabat2 saya dan berharap supaya bila saya jatuh ada sahabat yang datang dan bagi semangat untuk bangkit kembali... Saya harap kisah ni dipanjangkan lagi.

Link untuk kengkawan yang nak tengok drama ni. http://www.youtube.com/watch?v=kqui_Y_NwJk enjoy this drama.

KISAH TELADAN Harga Segelas Susu - Renungkan

Cerita ni saya pinjam dari blog  http://www.fuh.my. Kisah ni sebanarnya sering berlaku disekeliling kita, cuma mungkin kira kurang sedar tentang keikhlasan pertolongan yang diberikan itu akan ada ganjaran yang lebih besar menunggu...

Dulu kecik-kecik mak (nenek) saya pernah berpesan... bila kita membantu sesama manusia, kita janganlah berdoa untuk dia membalas budi itu kepada kita kelak... tetapi doalah supaya dia dapat membantu orang yang memerlukan dan ingat lah satu ketika akan ada pertolongan mungkin akan singgah kepada kita atau adik beradik atau sedara mara kita apabila mereka amat2 memerlukan pertolongan.

Seorang budak lelaki miskin berjalan dari rumah ke rumah untuk menjaja kerepek yang diusahakan oleh ibunya. Menjelang tengah hari, dia berasa lapar, namun tidak mahu pulang selagi belum habis menjualnya. Bagi menghilangkan rasa lapar, dia berhajat meminta segelas air dari sebuah rumah berdekatan.

"Kakak, boleh berikan saya segelas air?"

 Direnung wajah budak yang kelihatan lesu dan sayu itu. "Tunggu sebentar ya." Seketika kemudian wanita itu keluar dengan segelas susu di tangannya. Budak itu terus minum tanpa berlengah.

"Berapa ya saya berhutang dengan kakak?" katanya sambil menyeluk saku poketnya.

"Tak perlu bayar."

" Tetapi saya hanya minta air kosong. Emak saya ajar, jangan ambil apa-apa daripada orang lain tanpa bayaran."

"Kalau begitu bayarlah dengan ucapan 'Alhamdulillah' dan terima kasih."

"Okey, Alhamdulillah. Terima kasih kakak."

Budak itu terus beredar kembali menjaja kerepeknya. Entah bagaimana, dia terasa begitu bertenaga dan penatnya hilang. Bukan semata-mata kerana segelas susu itu, malah lebih daripada itu, kerana sifat pemurah wanita itu walaupun tidak dikenalinya.

Beberapa tahun berlalu, wanita tersebut diserang penyakit serius. Dia dirawat di hospital di bandar tersebut, dengan kelolaan doktor pakar. Rupa-rupanya doktor pakar yang merawat wanita itu adalah budak lelaki yang pernah diberikan segelas susu kepadanya suatu waktu dulu. Si doktor masih mengenali wajah wanita itu, walaupun sudah dimamah usia.

Doktor muda itu berusaha merawat wanita itu sehingga sembuh. Malah bil hospital pun ditanggungnya. Setelah wanita tersebut sihat sepenuhnya, tiba kepadanya sekeping bil hospital. Di atas bil itu tertulis.

Bil ini telah dijelaskan dengan segelas susu.
Alhamdulillah dan Terima kasih – Dr Muhammad.

Pengajaran : Walaupun kecil bantuan yang dihulurkan namun disertai dengan ikhlas, impaknya tidak terjangkau oleh imaginasi kita. Hakikatnya bantuan Allah sering ada di mana-mana, dalam pelbagai bentuk dan kadang-kadang disampaikan melalui perantaraan orang yang berada berdekatan kita.

Sunday, April 14, 2013

Moero Attack (燃えろアタック) Part 1 - Asal Perkataan Cun Digunakan

Masih rindu kan cerita ni... ingat lagi masa ni saya masih darjah 6... tapi masih sempat lagi tengok citer ni petang2... walaupun sibuk bergelumang dengan peperiksaan UPSR tapi kami masih lagi pergi seklah dan bercerita tentang chun yang terer main bola tampar... tp tak sempat habis tengok citer ni sebab episod dia panjang... saya lupa kenapa saya tak sempat tengok citer n sampai habis... sama ada sebab saya masuk sekolah asrama masa tingkatan 1 atau sebab mama dan abah larang tengok citer... satu lagi saya suka tengok adalah 'Miss Comet' waktu maghrib tu... masa tu abah memang marah sebab suka sgt layan tv... abah ngan mama memang tak suka kami layan tv... dia nak suruh belajar jerrr... tapi sebab ketegasan mereka lah saya adalah saya sekarang... tq abah n mama.

Sunday, February 24, 2013

Video Alif Ba Ta' untuk sufiah...

Bagusnyer untuk sufiah... hari-2 dia dengar dan mengulang-2 bacaan seperti dalam video ini. Ibu harap dapat membantu sufiah membaca Alif Ba Ta' dengan cepat, bukan setakat baca tapi mesti kenal huruf tau. Sayang sufiah.Jom kita kongsi kegemaran sufiah kat sini. Terima kasih pada yang membuat video ini.


Saturday, February 16, 2013

Novel: Denyut Kasih Medik

Assalamualaikum w.b.t.

Teringat plak tentang tajuk entri ku 'Denyut Jantung Ku' huhuhu... tp entri tu x der kena mengena dengan novel ni pun atau pun x der kena mengena dengan alam medic sebenarnya. Errmmmm...

Tentang novel ini, saya baru jer habis baca novel ni 2 hari lepas. Novel ni memang best la.... saya suka cerita dia, gaya penyampaian yang mudah sampai ke hati pembaca dan gaya bahasa yang senang difahami dan sesuai untuk semua golongan dan peringkat umur. Lagi pula novel ni ada nota kaki yang memudahkan pembaca memahami isi kandungan novel.Terima kasih penulis (Dr. Farhan Hadi). Walau pun sebelum ini saya belum pernah membaca hasil penulisan beliau tetapi penyampaian dalam novel ini membuatkan saya kagum pada beliau. 

Novel ni mengisahkan seorang doktor pelatih yang gigih menyebarkan dakwah dalam persekitaran yang berbeza dari sudut pandangan saya.Bagi kita mungkin seorang doktor hanya merawat penyakit dan memastikan seorang pesakit pulang dalam keadaan yang sihat. Namun doktor muslih pula seorang doktor yang merawat pesakit dari zahir hingga lah batinnya. Dari penyakit yang nampak hingga lah penyakit yang di rasa. Perjuangan doktor pelatih ini merawat pesakit sambil mengaplikasikan syariat di hospital amat lah mulia. Tugas seorang doktor memang mulia tetapi tugas seorang da'i yang di bawa oleh Dr. Muslih bertambah-tambah mulia tugas seorang doktor itu. Saya harap lebih ramai lagi belia-belia yang sudi menginkuti jejak langkah Dr. Muslih. Terima kasih penulis kerana menghidupkan watak Dr. Muslih yang hebat ini.

Selain itu, Dr. Muslih juga seorang kekasih yang amat hebat dalam berkasih sayang dan seorang pencinta yang memuliakan pasangannya. Dan Dr. Muslih seorang sahabat yang sejati dalam membantu rakan-rakannya kembali ke jalan Allah. Masya Allah, seorang pemuda, pendakwah dan doktor yang hebat. Tahniah Dr. Farhan Hadi. 

~Liya~

Tuesday, February 12, 2013

10 Pesanan Allah S.W.T

Abul-Laits Assamarqandi meriwayatkan kepada sanadnya dari Jabir bin Abdillah r.a. berkata Rasulullah S.A.W bersabda : "Allah S.W.T. telah memberikan kepada Nabi Musa bin Imran a.s. dalam alwaah 10 bab :
        i.            Wahai Musa jangan menyekutukan aku dengan suatu apa pun bahawa aku telah memutuskan bahawa api neraka akan menyambar muka orang-orang musyrikin.
      ii.            Taatlah kepada-Ku dan kedua orang tua mu nescaya Aku peliharamu dari sebarang bahaya dan akan Aku lanjutkan umurmu dan Aku hidupkan kamu dengan penghidupan yang baik.
    iii.            Jangan sekali-kali membunuh jiwa yang Aku haramkan kecuali dengan hak nescaya akan menjadi sempit bagimu dunia yang luas dan langit dengan semua penjurunya dan akan kembali engkau dengan murka-Ku ke dalam api neraka.
    iv.    Jangan sekali-kali sumpah dengan nama-Ku dalam dusta atau durhaka sebab Aku tidak akan membersihkan orang yang tidak mensucikan Aku dan tidak mengagung-agungkan nama-Ku.
      v.            Jangan hasad dengki dan iri hati terhadap apa yang Aku berikan kepada orang-orang, sebab penghasut itu musuh nikmat-Ku, menolak kehendak-Ku, membenci kepada pembahagian yang Aku berikan kepada hamba-hamba-Ku dan sesiapa yang tidak meninggalkan perbuatan tersebut, maka bukan daripada-Ku.
    vi.            Jangan menjadi saksi terhadap apa yang tidak engkau ketahui dengan benar-benar dan engkau ingati     dengan akalmu dan perasaanmu sebab Aku menuntut saksi-saksi itu dengan teliti atas persaksian mereka.
  vii.       Jangan mencuri dan jangan berzina isteri jiran tetanggamu sebab nescaya Aku tutup wajah-Ku daripadamu dan Aku tutup pintu-pintu langit daripadanya.
viii.          Jangan menyembelih korban untuk selain dari-Ku sebab Aku tidak menerima korban kecuali yang disebut nama-Ku dan ikhlas untuk-Ku.
    ix.           Cintailah terhadap sesama manusia sebagaimana yang engkau suka terhadap dirimu sendiri. Jadikan hari Sabtu itu hari untuk beribadat kepada-Ku dan hiburkan anak keluargamu. Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda lagi : "Sesungguhnya Allah S.W.T menjadikan hari Sabtu itu hari raya untuk Nabi Musa a.s. dan Allah S.W.T  memilih hari Juma'at sebagai hari raya untukku."