nuffnang

Showing posts with label Novel. Show all posts
Showing posts with label Novel. Show all posts

Sunday, April 28, 2013

Gemersik Kalbu : Drama vs Novel

Sekarang sibuk layan drama Gemersik Kalbu...










Ayat-ayat romantik Sufian dalam episod 10 hingga 12...

Raihana hati awak yang keras tu pasti akan terpaut dengan Gemersik Kalbu...

Ana, lain kali kurangkan manis dalam minuman tapi tambahkan manis dalam senyuman...

Takkanlah tak cam, wajah yang sentiasa terlukit dihati saya

Biasanya orang bagi bunga dia bagi 3 untuk I Love U, tapi saya bagi 5 sebab I Love Love Love U

I Love Love Love U, nampaknya tak cukup Love lah kena tambah Love lah...



Comel lah watak Sufian yg di bawak oleh Aqashah ni (bagi saya lah, org lain x tau la…) bg saya watak Sufian ni natural… tak Nampak lah keterlaluannya watak seorang lelaki kaya yang sempurna, sebab Sufian dalam Gemersik Kalbu adalah lelaki biasa yang lemah da nada kekurangan. Bagi saya watak yg Sufian dibawa dengan sempurna oleh Aqashah. Boleh dikatakan watak lelaki pujaan Malaya lah… huhuhu… sweet sgt… mimic muka di, senyum nakal dia menggambarkan perasaan atau emosi watak itu… kesian tengok muka Sufian ni... tapi cara dia cover line masa nak pikat Ana tu best sangat. Cara dia pikat Ana tu sweet sangat ala ala macho yang poyo... suka perasan bagus depan Ana... cara pikat yang sangat menyampah tapi sweet... hahaha... dia ni walau pun terang-2 kena reject dengan Raihana tapi dia masih lagi belum putus asa tetap makin kuat perasaan dia tanpa dendam... cuma teruk dia kenakan Ana masa kes tido dalam bilik tu sebab nak paksa Ana kawin dengannya...

Dan yang lagi poyo adalah masa dia bertemu dengan Arini Eva masa kat sesi bertemu peminat tu... kelakar lah... Hmm ni apa dalam drama kalau dalam Novel plak? Nanti bila saya free saya buat n3 novel dia plak... novel dia dah lama dah saya baca sebenarnya... kena review sikit sebab takut dah lupa... :-)

Lot of Love's

Saturday, February 16, 2013

Novel: Denyut Kasih Medik

Assalamualaikum w.b.t.

Teringat plak tentang tajuk entri ku 'Denyut Jantung Ku' huhuhu... tp entri tu x der kena mengena dengan novel ni pun atau pun x der kena mengena dengan alam medic sebenarnya. Errmmmm...

Tentang novel ini, saya baru jer habis baca novel ni 2 hari lepas. Novel ni memang best la.... saya suka cerita dia, gaya penyampaian yang mudah sampai ke hati pembaca dan gaya bahasa yang senang difahami dan sesuai untuk semua golongan dan peringkat umur. Lagi pula novel ni ada nota kaki yang memudahkan pembaca memahami isi kandungan novel.Terima kasih penulis (Dr. Farhan Hadi). Walau pun sebelum ini saya belum pernah membaca hasil penulisan beliau tetapi penyampaian dalam novel ini membuatkan saya kagum pada beliau. 

Novel ni mengisahkan seorang doktor pelatih yang gigih menyebarkan dakwah dalam persekitaran yang berbeza dari sudut pandangan saya.Bagi kita mungkin seorang doktor hanya merawat penyakit dan memastikan seorang pesakit pulang dalam keadaan yang sihat. Namun doktor muslih pula seorang doktor yang merawat pesakit dari zahir hingga lah batinnya. Dari penyakit yang nampak hingga lah penyakit yang di rasa. Perjuangan doktor pelatih ini merawat pesakit sambil mengaplikasikan syariat di hospital amat lah mulia. Tugas seorang doktor memang mulia tetapi tugas seorang da'i yang di bawa oleh Dr. Muslih bertambah-tambah mulia tugas seorang doktor itu. Saya harap lebih ramai lagi belia-belia yang sudi menginkuti jejak langkah Dr. Muslih. Terima kasih penulis kerana menghidupkan watak Dr. Muslih yang hebat ini.

Selain itu, Dr. Muslih juga seorang kekasih yang amat hebat dalam berkasih sayang dan seorang pencinta yang memuliakan pasangannya. Dan Dr. Muslih seorang sahabat yang sejati dalam membantu rakan-rakannya kembali ke jalan Allah. Masya Allah, seorang pemuda, pendakwah dan doktor yang hebat. Tahniah Dr. Farhan Hadi. 

~Liya~

Wednesday, February 6, 2013

Belum ada judul...



Kicauan riang sang murai menarik perhatiannya. Entah apa yang dibicarakan murai-murai tersebut. Mungkin mereka sedang menyebarkan berita tentang remaja-remaja yang sedang leka dan hanyut atau tentang dunia yang sedang terbakar dek pergaduhan sesama manusia sejagat. Kicauan itu berbunyi nyaring dan di sahut oleh bunyi katak dan ungas lain yang kedengaran riang menyabut mentari pagi. 

Seekor burung hinggap pada pagar balkoni sebuah villa di pinggir hutan, sang serindit seolah-olah sedang berkata-kata dengan si gadis yang sedang menongkat dagu di balkoni. Si gadis perlahan-lahan melangkah ke arah sang serindit kecil sambil menghulurkan tangannya yang putih mulus. Sang serindit berundur perlahan-lahan sambil mata masih bertentang dengan si gadis yang jelita. Si gadis mengangguk perlahan-lahan sambil berkata sesuatu. Melihat sang serindit yang masih kaku di hujung balkoni, keluhan kecil terluah dibibir comel gadis ini. Sang serindit terbang rendah dan segera hinggap pada telapak tangan gadis apabila rasa kepercayaan terhadap gadis meresap ke dalam hatinya. Si gadis kembali ceria, senyumannya memekar umpama mawar berkembang di pagi hari. Sang serindit terhibur melihat senyuman itu dan terus menyanyi riang di tapak tangan gadis. Si gadis bertambah gembira dan menari berpusing-pusing seperti puteri Cinderella. 

Si gadis dan sang serindit sama-sama menari dan menyanyi di balkoni mengikut rentak dan bahasa masing-masing. Beberapa saat rakan-rakan sang serindit berhimpun dan sama-sama menari riang di balkoni tersebut. Ada yang lepak atas kerusi rotan yang disediakan ada yang lepak di atas pasu bunga yang tergantung dan ada  yang lepak atas pagar balkoni. Mereka semua terpesona melihat si gadis menari.

Bunyi keriut pintu segera mengejutkan mereka, sang serindit dan rakan-rakan segera terbang kembali ke hutan. Namun sang serindit hinggap di pokok kemboja berhampiran. Dia masih memerhati si gadis dan wanita jelita yang baru masuk ke bilik itu berbicara. Dia terpesona melihat kemesraan mereka berdua.

“Hana buat apa tu? Kenapa belum mandi? Daddy tunggu Hana kat bawah… jom sarapan sama-sama. Mummy masak istimewa untuk anak mummy ni”, Sophea mencium pipi anaknya. Lalu dia mengerutkan muka dan menutup hidungnya dengan dua jari.

“Eiii busuknya anak mummy ni… belum mandi lagi”, Hana yang sedar dia dikenakan oleh ibunya itu memicit pipi ibunya. Kulit yang putih itu segera bertukar warna kemerahan akibat di picit kuat oleh Hana. 

“Dah cepat pergi mandi, daddy tunggu Hana kat bawah tu”, Sophea melarikan wajahnya dari terus di picit oleh anaknya itu.

“Alah tak mau, mummy cakap Hana busuk”, Hana pura-pura merajuk sambil baring meniarap di atas katil. Sophea yang sedar kemudiannya Hana telah merajuk lalu cepat-cepat dia mendekati anaknya dan membelai rambut Hana yang berwarna perang bulu jagung diwarisi dari dia sendiri. Namun di sangat kagum dengan rambut Hana yang lebat dan lurus itu.