nuffnang

Tuesday, February 12, 2013

10 Pesanan Allah S.W.T

Abul-Laits Assamarqandi meriwayatkan kepada sanadnya dari Jabir bin Abdillah r.a. berkata Rasulullah S.A.W bersabda : "Allah S.W.T. telah memberikan kepada Nabi Musa bin Imran a.s. dalam alwaah 10 bab :
        i.            Wahai Musa jangan menyekutukan aku dengan suatu apa pun bahawa aku telah memutuskan bahawa api neraka akan menyambar muka orang-orang musyrikin.
      ii.            Taatlah kepada-Ku dan kedua orang tua mu nescaya Aku peliharamu dari sebarang bahaya dan akan Aku lanjutkan umurmu dan Aku hidupkan kamu dengan penghidupan yang baik.
    iii.            Jangan sekali-kali membunuh jiwa yang Aku haramkan kecuali dengan hak nescaya akan menjadi sempit bagimu dunia yang luas dan langit dengan semua penjurunya dan akan kembali engkau dengan murka-Ku ke dalam api neraka.
    iv.    Jangan sekali-kali sumpah dengan nama-Ku dalam dusta atau durhaka sebab Aku tidak akan membersihkan orang yang tidak mensucikan Aku dan tidak mengagung-agungkan nama-Ku.
      v.            Jangan hasad dengki dan iri hati terhadap apa yang Aku berikan kepada orang-orang, sebab penghasut itu musuh nikmat-Ku, menolak kehendak-Ku, membenci kepada pembahagian yang Aku berikan kepada hamba-hamba-Ku dan sesiapa yang tidak meninggalkan perbuatan tersebut, maka bukan daripada-Ku.
    vi.            Jangan menjadi saksi terhadap apa yang tidak engkau ketahui dengan benar-benar dan engkau ingati     dengan akalmu dan perasaanmu sebab Aku menuntut saksi-saksi itu dengan teliti atas persaksian mereka.
  vii.       Jangan mencuri dan jangan berzina isteri jiran tetanggamu sebab nescaya Aku tutup wajah-Ku daripadamu dan Aku tutup pintu-pintu langit daripadanya.
viii.          Jangan menyembelih korban untuk selain dari-Ku sebab Aku tidak menerima korban kecuali yang disebut nama-Ku dan ikhlas untuk-Ku.
    ix.           Cintailah terhadap sesama manusia sebagaimana yang engkau suka terhadap dirimu sendiri. Jadikan hari Sabtu itu hari untuk beribadat kepada-Ku dan hiburkan anak keluargamu. Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda lagi : "Sesungguhnya Allah S.W.T menjadikan hari Sabtu itu hari raya untuk Nabi Musa a.s. dan Allah S.W.T  memilih hari Juma'at sebagai hari raya untukku."

Wednesday, February 6, 2013

Belum ada judul...



Kicauan riang sang murai menarik perhatiannya. Entah apa yang dibicarakan murai-murai tersebut. Mungkin mereka sedang menyebarkan berita tentang remaja-remaja yang sedang leka dan hanyut atau tentang dunia yang sedang terbakar dek pergaduhan sesama manusia sejagat. Kicauan itu berbunyi nyaring dan di sahut oleh bunyi katak dan ungas lain yang kedengaran riang menyabut mentari pagi. 

Seekor burung hinggap pada pagar balkoni sebuah villa di pinggir hutan, sang serindit seolah-olah sedang berkata-kata dengan si gadis yang sedang menongkat dagu di balkoni. Si gadis perlahan-lahan melangkah ke arah sang serindit kecil sambil menghulurkan tangannya yang putih mulus. Sang serindit berundur perlahan-lahan sambil mata masih bertentang dengan si gadis yang jelita. Si gadis mengangguk perlahan-lahan sambil berkata sesuatu. Melihat sang serindit yang masih kaku di hujung balkoni, keluhan kecil terluah dibibir comel gadis ini. Sang serindit terbang rendah dan segera hinggap pada telapak tangan gadis apabila rasa kepercayaan terhadap gadis meresap ke dalam hatinya. Si gadis kembali ceria, senyumannya memekar umpama mawar berkembang di pagi hari. Sang serindit terhibur melihat senyuman itu dan terus menyanyi riang di tapak tangan gadis. Si gadis bertambah gembira dan menari berpusing-pusing seperti puteri Cinderella. 

Si gadis dan sang serindit sama-sama menari dan menyanyi di balkoni mengikut rentak dan bahasa masing-masing. Beberapa saat rakan-rakan sang serindit berhimpun dan sama-sama menari riang di balkoni tersebut. Ada yang lepak atas kerusi rotan yang disediakan ada yang lepak di atas pasu bunga yang tergantung dan ada  yang lepak atas pagar balkoni. Mereka semua terpesona melihat si gadis menari.

Bunyi keriut pintu segera mengejutkan mereka, sang serindit dan rakan-rakan segera terbang kembali ke hutan. Namun sang serindit hinggap di pokok kemboja berhampiran. Dia masih memerhati si gadis dan wanita jelita yang baru masuk ke bilik itu berbicara. Dia terpesona melihat kemesraan mereka berdua.

“Hana buat apa tu? Kenapa belum mandi? Daddy tunggu Hana kat bawah… jom sarapan sama-sama. Mummy masak istimewa untuk anak mummy ni”, Sophea mencium pipi anaknya. Lalu dia mengerutkan muka dan menutup hidungnya dengan dua jari.

“Eiii busuknya anak mummy ni… belum mandi lagi”, Hana yang sedar dia dikenakan oleh ibunya itu memicit pipi ibunya. Kulit yang putih itu segera bertukar warna kemerahan akibat di picit kuat oleh Hana. 

“Dah cepat pergi mandi, daddy tunggu Hana kat bawah tu”, Sophea melarikan wajahnya dari terus di picit oleh anaknya itu.

“Alah tak mau, mummy cakap Hana busuk”, Hana pura-pura merajuk sambil baring meniarap di atas katil. Sophea yang sedar kemudiannya Hana telah merajuk lalu cepat-cepat dia mendekati anaknya dan membelai rambut Hana yang berwarna perang bulu jagung diwarisi dari dia sendiri. Namun di sangat kagum dengan rambut Hana yang lebat dan lurus itu.

Thursday, January 24, 2013

Adakah hanya aku baru ketahui???

Petang kat dalam bilik with mr hubby...

           Dah siap kemas-2 dapur lepas makan tengahari ( best nyer hari cuti dapat makan sedap-2 with family tercinta... huhuhu...) aku panjat tangga naik ke bilik. Konon nak intai my mr hubby yang tengah rehat... biasanya dia suka layan internet or movie kat bilik.... sekali tengok dia tengah berdengkur la... tangan masih lekat kat keyboard laptop sambil terbaring best jer atas tilam... wehhh bagus nyer... dah konyang lending kat katil teros yer... akhirnya aku pun ambik alih la laptop tu n intai la apa yg syok sgt dia baca sampai tertidor... sampai la aku kat laman ni... SINI .... aku pun mula la baca artikel-2 dalam ni yang bagi aku byk gak yang menarik.... ada satu ni pasal piring astro kita... rupa-2nya baru la aku tau... piring astro tu rupanya mengadap ke kiblat... nak tau klik la kat SINI. Aku pun terpikir lepas ni kita gi mana-2 blh tgk piring astro jer dah tau arah kiblat... senang giler...huhuhu....