nuffnang

Wednesday, October 10, 2012

Denyut Jantung Ku



Pagi-2 N menyebut ttg x-bf dia... teringat plak aku tttg lelaki-2 yang pernah hadir dan bermain dalam memori ku kala denyut sepi mengundang lalu...

Masa kanak-2 (bodoh kalau diingat balik, kami masih budak hingusan lagi waktu tu... Tapi budak-2 pun ada perasaan kan?)

Ayah ku bekas tentera, tahun 1987 pertama kali aku bersua dia di kelas 1 h... Yang menarik minat ku ialah namanya dan gelaran yang diberi rakan-2. Tapi masa tahun ni aku masih biasa-2 lagi sbb baru 7 tahun dan x faham erti semua itu lagi. Masa tu aku kat sekolah kawan dengan sepupu aku rohaya abd. Aziz (aya). Aku masih seorang gadis cilik yang pendiam dan pemalu. (sangat pendiam). Masa tu aku amasuk skp dah pertengahan tahu, so aku kira dapat gelaran budak baru lah waktu tu... Tapi beberapa bulan lepas tu aku ikut abah dan sekali lagi berpindah ke tempat lain... Waktu ni ke kuala terengganu.

Pada tahun 1989... 2 tahun selepas pertemuan pertama aku bersua lagi dengannya untuk kali ke-2 di kelas 3h... Masih kelas hijau.kali ni aku suka sangat tengok dia sebab dia dah jadi budak femous... Dia dah jadi pengawas sekolah dan terkenal dengan kenakalan. Tapi tak lama beberapa bulan jer aku pindah lagi ke sekolah lain.... Jadi aku berpisah lagi dengannya. 

Pertemuan ke-3 ialah pada tahun 1990... Masa aku datang skali lagi aku jadi budak baru di skp.... Dia? Macam biasa, semakin nakal, semakin tinggi dan semakin popular.... Kami masih di kelas sama 4 hijau walau pun waktu dah hujung tahun. Selepas cuti sekolah yang panjang, sesi baru persekolahan bermula dan aku masih di skp. Kali ni sebab aku salah seorang top 5 dalam kelas aku dan dia dapat ke kelas 5 merah. Seronoknya kerana aku kini bergelar pejar pandai dan duduk di kelas pertama bersam-sama kawan-2 yang pandai. Masa tu gelaran utama dia dalam kelas tu ialah kao attack, dari jepun... (mcm iklan sabun kat tv yang popular masa tahun tu...) Erm... Aku kan suka org macam tu... Chinise look... Dia plak bermata sepet, berkulit kening dan kurus tinggi persis jejaka jepun yang kami selalu tengok kat rancangan popular waktu tuiaitu mearo attack. Sejak itu dia akan di panggil jepun atau attack... 2 nama yg sinonim dengannya waktu tu.... Masa tu dia suka mengusik orang dan aku tak pasti dia sedar atau tidak aku memang sangat menyenangi dia.... Kalau boleh ingin sentiasa bersama dia. Memandangkan aku ni pendiam dan garang dalam kelas maka aku sangat kurang berbual dengan rakan-rakan dalam kelas. Malah aku sangat kurang di ajak menyertai aktiviti sosial mereka waktu tu... Iaitu mandi sungai dan merayau ke kampung kawan-2.

Pada tahun 1992 aku dan dia mendapat result upsr sama dengannya walaupun aku x pasti dia tahu atau tidak. Cuma aku pasti dia masih berbunga di hati ku. Bulan disember tu.... Dia melapor diri ke sekolah menengah lelaki dan aku pulak ke sekolah menengah perempuan. Perpisahan itu sungguh meruntun jiwa kerana aku terpaksa berpisah dengannya dan aku sering mengingati memori bersamanya hingga hari ini.

Lain kali aku citer lagi kesudahan Rahsia Hati ini. Buat masa ni aku nak pergi lunch dulu.... wassalam.

Love's Story,

Tuesday, October 9, 2012

Selasa Pagi at Ofis

fuh lega... minggu ni Mr I bercuti selama seminggu... Mdm K plak mcm dh ok mood dia... hmm petang ni apa plak berlaku x tau lah sbb dia free sgt2... hari ni kat ofis cuma ada aku, R, S, N dan H.... yang lain-2 semua cuti dan off.... En. Z, En. A, En. M, En. I, En. D, Mr Z, Mr I... Pn. A dan Mdm K pg meeting... so kami bermaharajalela... R plak mmcm biasa rajin sekali buat kerja...

aku plak pagi tadi, lepas 1 seksa sebab dh siapkan minit mesyuarat cuma x pasti macamana dan apa komplen peg.-2.... huhuhu... berdebar jugak tunggu feedback dari Ms M.Tunggu jelah...

berita baiknya kami dah dapat pantry baru... pagi tadi dah start makan kat pantry baru... kelakarlah pantry dalam stor hahaha....x kisahlah janji ada pantry....

love's
princess diary

Monday, September 24, 2012

Penat, pening & migrin...

Assalamualaikum w.b.t

Dah beberapa hari x up-date... rindu memang rindu tapi sekarang sibuk sangat la... kat ofis memang x boleh nak buat benda lain... madam asyik suruh itu suruh ini... macam-2 la... harap-2 esok x der meeting unit. penat la...

Pagi tadi pecah record... sampai ofis jam 6.20 a.m... biasanya waktu tu baru nak kuar rumah... ni semua gara-2 si IB tu la... hujung minggu langsung x tenang fikiran aku nih... asyik dok pikir pasal kerja kat ofis... tp pagi td nasib baik En.H berjaya siapkan report tu... boleh la madam pergi meeting dgn pengarah. tp esok lusa tunggu la plak apa yang nak kuar... si IB tu datang-2 membebel 1 ofis pasal report tu... dia ni pun satu... bg dah la waktu lagi 15mnt nk balik... mana sempat nak buat semua tu... tu pun nasib baik si M 2gu aku sampai 6.45 p.m... kalau x buat la aku sorang-2. Tq pada semua yg membantu...

Pagi tadi si N dan si S keluar cari makanan... aku cover la ckp pergi pejabat HR pasal pengesahan jawatan... tgh aku leka kat dalam blk Pn. A boleh plak dgr suara madam terjerit kat depan ofis... berlari aku pergi nk xplain. punya la mengigil aku nk jawab...

madam: mana pergi semua org? 1 org pun x ade kat ofis... saya mau tya apa2 pun x ade org....
aku: N dan S pergi HR htr dokumen utk pengesahan jawatan.
madam: semua pergi ker? mana boleh semua pergi...
aku: maaf puan td mereka dah bagi tau saya nk pergi htr dokumen tu penting puan nak cepat...
madam: x kan semua pergi...
aku: dua saja pergi N dan S (ulang aku lagi. jelas skali suaraku terketar-ketar.
madam: habis R mana? (mata dia dah terjengil macam nak terkeluar pandang aku. suara dia usah cakap la... rasanya nak roboh ofis tu... En. D pun cepat-2 kluar dr ofis buat-2 check peralatan yang ada kat depan meja N)
aku: R kat bilik meeting tgkt bwh... kan ada lab...
madam: buat apa kat bawah kata blm mula lagi...
aku: buat persiapan puan...
madam: persiapan bukan hari ni mau buat... last week mesti dah siap... hari duduk terus start meeting. (mata dia masih memandang sekeliling)
aku: entahlah puan mungkin stanby kot.
madam: M mana? saya x ada nampak dia...
aku: (toleh kiri kanan. x tau nak jawab M pergi mana walau aku tau dia ada dalam bilik Tn Z. tiba-2 dengar suara M menjawab fuh lega giler aku)
M : saya puan. saya kat belakang tadi.
madam: awak pergi mana? sekarang waktu kerja knapa jalan-2 sana sini. jgn jalan-2 lagi duduk kat meja buat kerja...
M: baik puan saya sejuk sgt tadi masuk ambik jaket...
madam: tak kan ambik jaket lama sangat. saya sudah kluar masuk- keluar masuk banyak kali tapi nampak awak...
M: Baik puan. maaf. (kesian M)
madam: (belum puas hati)mana Z?
aku: dia kat lab...
madam: buat apa kat bawah dating ker?
aku: mungkin stanby persiapan puan.
madam: panggil dia naik saya mau jumpa.... (aku terus berlari ke belakang cari no. h/p tn Z dan call dia)

*** kalau hari-2 macam ni x sampai 1 bulan aku boleh kena sakit jantung... baru masuk minggu ke-2 aku   ganti tmpat CC aku dah kelam kabut. macam mana hari-2 seterusnya selama 50 hari lagi sekurang-2nya....

*** Ya!! Allah tabahkan hati hamba mu menghadapi dugaan ini.... Amin Ya Rabbal Aalamiin.

Luv: Princess Diary