nuffnang

Thursday, April 4, 2013

Buat Sahabat yang dirindui






Sunday, February 24, 2013

Video Alif Ba Ta' untuk sufiah...

Bagusnyer untuk sufiah... hari-2 dia dengar dan mengulang-2 bacaan seperti dalam video ini. Ibu harap dapat membantu sufiah membaca Alif Ba Ta' dengan cepat, bukan setakat baca tapi mesti kenal huruf tau. Sayang sufiah.Jom kita kongsi kegemaran sufiah kat sini. Terima kasih pada yang membuat video ini.


Saturday, February 16, 2013

Novel: Denyut Kasih Medik

Assalamualaikum w.b.t.

Teringat plak tentang tajuk entri ku 'Denyut Jantung Ku' huhuhu... tp entri tu x der kena mengena dengan novel ni pun atau pun x der kena mengena dengan alam medic sebenarnya. Errmmmm...

Tentang novel ini, saya baru jer habis baca novel ni 2 hari lepas. Novel ni memang best la.... saya suka cerita dia, gaya penyampaian yang mudah sampai ke hati pembaca dan gaya bahasa yang senang difahami dan sesuai untuk semua golongan dan peringkat umur. Lagi pula novel ni ada nota kaki yang memudahkan pembaca memahami isi kandungan novel.Terima kasih penulis (Dr. Farhan Hadi). Walau pun sebelum ini saya belum pernah membaca hasil penulisan beliau tetapi penyampaian dalam novel ini membuatkan saya kagum pada beliau. 

Novel ni mengisahkan seorang doktor pelatih yang gigih menyebarkan dakwah dalam persekitaran yang berbeza dari sudut pandangan saya.Bagi kita mungkin seorang doktor hanya merawat penyakit dan memastikan seorang pesakit pulang dalam keadaan yang sihat. Namun doktor muslih pula seorang doktor yang merawat pesakit dari zahir hingga lah batinnya. Dari penyakit yang nampak hingga lah penyakit yang di rasa. Perjuangan doktor pelatih ini merawat pesakit sambil mengaplikasikan syariat di hospital amat lah mulia. Tugas seorang doktor memang mulia tetapi tugas seorang da'i yang di bawa oleh Dr. Muslih bertambah-tambah mulia tugas seorang doktor itu. Saya harap lebih ramai lagi belia-belia yang sudi menginkuti jejak langkah Dr. Muslih. Terima kasih penulis kerana menghidupkan watak Dr. Muslih yang hebat ini.

Selain itu, Dr. Muslih juga seorang kekasih yang amat hebat dalam berkasih sayang dan seorang pencinta yang memuliakan pasangannya. Dan Dr. Muslih seorang sahabat yang sejati dalam membantu rakan-rakannya kembali ke jalan Allah. Masya Allah, seorang pemuda, pendakwah dan doktor yang hebat. Tahniah Dr. Farhan Hadi. 

~Liya~