Assalamualaikum...
Kisah ini bukan bertujuan mengaibkan sesiapa, tetapi inilah kisah saya di Jabatan baru sejak 1 tahun 322 (21/12/2017) hari.
Pada hari kedua saya bekerja di sini... jeng jeng jeng... dia telah menuding jari telunjuk hampir ke muka dan memalukan saya di depan rakan sekerja yang baru saya kenali selama 2 hari... untuk pengetahuan korang saya kerja dengan pasukan keselamatan negara (x perlu lah rasanya disebut detail).
Pegawai tersebut merupakan seorang perempuan yang telah melapasi umur 50 tahun, pemegang Master Psikologi dari UKM, Bangi. Dia juga merupakan seorang pegawai berpangkat @ berada dalam kumpulan pegawai profesional. Berbanding dengan saya yang dari kumpulan sokongan amatlah jauh jurang diantara kami. dari segi pangkat apatah gaji yang 5x ganda dari saya sendiri.
Namun begitu, sikap suka merendah-rendahkan orang lain dan memandang taraf untuk berkomunikasi sangat menjengkelkan saya dan rakan-rakan sepejabat.
No comments :
Post a Comment