nuffnang

Sunday, May 5, 2013

Selamat Mengundi...

Assalamaulaikum....



Hari ni sekali lagi negara kita melalui kali ke 13 pilihanraya umum, tapi bagi saya ni kali ke 3 la saya melalui hari pengundian. Sebenarnya mengundi ni adalah hari perayaan terbesar yang disambut oleh semua rakyat Malaysia selain Hari Kebangsaan... sebab selain hari perayaan, hari mengundilah semua jalan raya di seluruh Malaysia akan sesak sebelum hari mengundi kerana ramai diantara kita akan balik mengundi di kampung masing-2. Sambil mengambil peluang melawat keluarga kita boleh menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.

Kalau Hari Raya atau CNY hanya segelintir saja yang akan balik ke kampung tetapi bila tibanya hari mengundi pasti semua rakyat yang ingin menjalankan tanggungjawabnya akan berpusu-2 pulang ke kampung sejak hari jumaat lepas.

Saturday, May 4, 2013

Sedih sangat....


Gerem, sedih dan sedihhhhhhhh sangat.... hubby kita ni selalu macam ni. Tak paham ker atau dia memang saja buat tak paham.... gerammmmmmmm.... Kalau kita bagi hint apa2 mesti dia selalu bagi jawapan yang terbalik. Kadang2 tu sakit hati, malu dan bengang depan orang lain, simpan dan tahan jer. Nanti kita jugak yang kena, tak paham la tu la... habis sapa nak paham kita kalau dia asyik nak kita paham?  eiiiiiiii gerammmm asyik kita jer nak jaga hati dia... tapi dia bukan nak paham perasaan kita selalu buat macam kita ni orang bodoh depan orang lain.... Bukan dia tak tau hint kita saja buat2 tak paham....

Bahasa Terindah - Ramli Sarip



Yang diucap dalam bahasa terindah
Jawapan yang bertanya didengar Nabi
Antara kagum dan khusuk setiap ayatnya
Lereng gunung menjadi amat sunyi
Suara saja tegas bergema
Disampai arah berkias maksud serentak
Tapi jelas intinya
Tidak sedetikpun Allah menghindar
Atau mencemuh nabi disisi segala didoa
Dipenuhi segala yang dipinta tulus dan
Penuh baraqah
Yatim ia tak berlindung
Tidakkah tersedia juga bumbung baginya
Awal begitu bergantung
Kini tidakkah merdeka
Bebas hidupnya

                          Lirik : Dato' A Samad Said
                          Lagu : Ramli Sarip