nuffnang
Showing posts with label Rasa Hati Ku. Show all posts
Showing posts with label Rasa Hati Ku. Show all posts
Wednesday, May 8, 2024
Wednesday, June 5, 2013
Hilangkah Warisan Kita
Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta Benda
Akibat sengkita sesamalah kita
Cinta lenyap diarus zaman
Indahnya bumi kita
Warisan berkurun lama-nya
Hasil mengalir ketangan yang lain
Peribumi merintih sendiri
Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutup hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang
Kini kita tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih Kembali harga diri
Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah di nusantara (3X)
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang
Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta Benda
Akibat sengkita sesamalah kita
Cinta lenyap diarus zaman
Indahnya bumi kita
Warisan berkurun lama-nya
Hasil mengalir ketangan yang lain
Peribumi merintih sendiri
Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutup hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang
Kini kita tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih Kembali harga diri
Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah di nusantara (3X)
Sunday, May 12, 2013
Selamat Hari Ibu ...
Assalamualaikum...
Sudah kah kita ucapkan 'Selamat Hari Ibu' dan Terima Kasih Mama kepada ibu anda? Dalam media hari ni ada pelbagai komen tentang sambutan hari ibu ni... tapi bagi saya yang penting nawaitu dan tujuannya sebenar sambutan 'Hari Ibu' ini. Sebenarnya terpulang pada nawaitu / niat masing-2. Bagi Liya sambutan hari ibu ni kita bukan nak sambut berdasarkan sejarah atau asal usul sambutan ini. Mungkin ramai yang cakap, alah kalau kita nak hargai ibu kita mesti tiap-tiap hari. Tapi Liya nak tanya kat sini, berapa ramai yang tiap-tiap hari ucap terima kasih mak sebab lahirkan saya, jaga saya dan besarkan saya? Berapa ramai antara kita yang bawa mak pergi jalan-jalan dan habiskan masa sepanjang hari bersama-sama mak? tengok wayang, makan-makan dan shopping? berapa ramai yang belikan hadiah dan kad ucapan untuk mak? Selain hari raya dan hari lahir mak kita Hari Ibu adalah satu hari yang kita boleh luahkan betapa pengorbanan mak selama hari ini adalah hadiah terbaik untuk hidup kita dan anak-anak kita. Sebagai ibu Liya rasa pada hari ini lah selalunya kita (sebagai ibu) rasa dihargai. Ia merupakan satu peringatan pada kita betapa besarnya pengorbanan ibu untuk melahir dan membesarkan kita. Samalah pada Hari Bapa dan Hari Guru juga. Sebab pada hari-hari istimewa ini mereka akan dihargai dan diraikan. So perasaan istimewa sebagai Ibu, Bapa dan Guru pada hari-hari tersebut amat bermakna bagi kita kan? Itu cuma pendapat Liya, mungkin setiap orang akan mempunyai pendapat yang berbeza-beza. Tapi dalam hidup Liya hari terpenting adalah : Hari Lahir, Ulangtahun, Hari Ibu, Hari Bapa dan Hari Guru selain hari-hari sambutan lain seperti Maulidur Rasul, Isra' Mikraj, Nuzul Quran, Awal Muharam, Hari Raya dan lain-lain.
Jadi dikesempatan yang ada Liya ucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu-ibu dan bakal-bakal ibu. Semoga kita sama-sama menjadi seorang ibu yang baik kepada generasi akan datang.
Friday, May 10, 2013
Tamu di Masjid Negara
Hari ni Cik Suhaila dah sihat, dia bawa kereta pulak. Sejak Cik Sue dh beli kereta rajin sungguh kami pergi ke 'Tamu' di masjid negara ni. Walaupun terpaksa bersesak-2 sikit tapi tak kisah. Terima kasih Cik Sue sebab sudi tumpangkan. Kalau dulu boleh jer pergi jalan kaki tapi sekarang nak manja-2 dengan Cik Sue nak naik kereta baru. Tamu kat Masjid Negara ni tak lah besar mana pun cuma 1 kali seminggu jer iaitu pada tiap-tiap jumaat. Tapi tempat ni selalu sesak dan panas. Kalau nak beli makanan mesti kena beratur panjang, tapi kalau pergi ramai-2 boleh pecah-2 dan kirim lah mana yang nak beli sama. Menu saya selalunya Bihun Sup Utara atau pun Nasi Ayam. Menu wajib mestilah Keropok goreng yang bulat-2 untuk Sufiah dan Ice blanded. Ice blanded dia memang best sebab dia guna buah fresh. Saya memang suka MANGA la apa lagi.
Tamu ni sebenarnya ada la sorang kawan kita ni dia dari sabah, pernah satu hari dia tersesat kat area Tangling (maklum lah nak ke ofis kita ni jalan berbelit sikit, bagi yg tak pernah datang tu sering la tersesat) dan dia call cakap dia pusing-2 jumpa tamu, kita pun tak pasti dia kat mana? masa kita nak keluar pusing ambik dia kat lake garden depan tu terjumpa anggota pejabat kita dan saya tanya lah kat mana tamu? Nasib baik dia pernah tinggal di Sabah... dia tanya la balik kawan saya tu orang Sabah ker? memanglah kawan kita tu orang Sabah. Rupanya Tamu tu adalah 'Pasar'... hahahaha, gelak sakan saya dan kawan sorang lagi kat dalam lift masa tu.... ingatkan apalah tamu tu kan? tulah bagus jugak ada kawan pelbagai kaum dan bangsa. Banyak kita boleh belajar kan? Kita rakyat malaysia ni beruntung sebab terdiri dari pelbagai kaum kan? dan yang penting kita dapat hidup harmoni dan aman damai di bawah satu langit. InsyaAllah.
Saturday, May 4, 2013
Sedih sangat....
Gerem, sedih dan sedihhhhhhhh sangat.... hubby kita ni selalu macam ni. Tak paham ker atau dia memang saja buat tak paham.... gerammmmmmmm.... Kalau kita bagi hint apa2 mesti dia selalu bagi jawapan yang terbalik. Kadang2 tu sakit hati, malu dan bengang depan orang lain, simpan dan tahan jer. Nanti kita jugak yang kena, tak paham la tu la... habis sapa nak paham kita kalau dia asyik nak kita paham? eiiiiiiii gerammmm asyik kita jer nak jaga hati dia... tapi dia bukan nak paham perasaan kita selalu buat macam kita ni orang bodoh depan orang lain.... Bukan dia tak tau hint kita saja buat2 tak paham....
Pasangan: Cinta & Kasih
Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan Menyebut Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang.
"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH"
Ayat 49 : Surah Adz-Zariyat
Setiap makhluk diciptakan Allah secara berpasang-pasangan. Berpasangan secara kasar kita tafsirkan bahawa ia berdua... sepasang maknanya ia berbeza /berlainan/ mempunyai perbezaan. Dan perbezaan ini pula saling melengkapi antara keduanya. Mungkin ada yang menafsirkan berpasangan maksudnya berlawanan. Sebenarnya fikiran begini amatlah salah sama sekali.... kenapa saya kata begitu? kerana Allah menjadikan pasangan sebagai saling melengkapi dan memain peranan masing-masing dan bukan saling berlawanan. kerana contoh berlawanan adalah utara lawannya selatan - dari segi akal logiknya... jarak utara dan selatan itu sendiri menggambarkan pemisahan yang jauh.... sedangkan pasangan adalah orang yang sentiasa berada disisi dan saling melengkapi seperti sudu dan garfu, piring dan cawan, teh dan gula, kopi dan susu.... oleh itu jangan lah kita beranggapan pasangan kita itu adalah berlawanan... kerana bila kita tanamkan dalam jiwa dia berlawanan maka perhubungan antara dua jiwa dan hati itu akan semakin menjarak. Untukkita sentiasa mengharmoni kan cinta di hati pasangan siramlah kasih yang tulus dengan saling melengkapi antara satu sama lain. Jika dia bersedih jangan kita mengejek akan kedukaan atau kecelakaan yang berlaku pada dia atau persekitaranya yang membuatkan dia berduka. Walaupun kita sememangnya tidak suka akan perkara tersebut. Berkongsilah dan berlembutlah kala dia memerlukan. Antara keduanya haruslah melengkapi dan menyempurnakan peranan masing-masing. Bertindaklah secara tegas dan lembut agar tiada hati yang terluka.
Lot of Love's
Friday, May 3, 2013
I love my life!
I don't have everything,
but I love everything I have.
I love my life!
~ Robert Tew~
Friday, April 26, 2013
Jumaat yang beku di pejabat
Assalamualaikum dan selamat petang...
Cuaca: Hujan yang lebat sangat
Suasana sangat sejuk dan sunyi dengan lagu 'You're Beutifull' dari James Brown. So romantik nyer suasana ni... macam kat overseas la plak.... hahaha perasan la kejap... padahal dari pagi lagi kami dah macam ikan dalam peti ais jer (BEKU).
Hari ni nampak macam tenang jer... big boss boleh buat joke lagi sejak pagi. 2nd boss pun diam jer dalam ofis... lalu pun senyap jer... keadaan tak lah stress sangat, mungkin sebab suhu sangat sejuk jadi dalam hati juga sangat dingin. Hari ni apa pun tak tau nak buat... kerja berlambak tapi pagi tadi dah siapkan Kew PA 7 untuk tingkat 20. Semalam dah pergi check semua bilik (lastly dapat settle jugak part ni...) hari ni siapkan dokumennya dan dapatkan tandatangan mana-mana pegawai dan anggota penguatkuasa yang ada. Penguatkuasa dah bagi pada Zue untuk tolong dapatkan tandatangan dari mana-mana pegawai dan anggota yang tak ada di pejabat hari ni (maklumlah sekarang kan musim PRU 13 - tapi diaorang ni biasa pun jarang ada kat atas selalunya diaorang kat bawah buat operasi lah pemantauan lah macam2 tugas bawah lah... nasiblah dapat tingkat 20).
Tengahari tadi tido macam biasa, dan telah mimpi 3 peristiwa (n3 lain akan cerita). Best tido, lepas tu pegi beli roti sosej kat RND makan kat ofis. Sejuk2 ni makan roti dan minum air panas, besstttt gilak.
~ with Love ~
Cuaca: Hujan yang lebat sangat
Suasana sangat sejuk dan sunyi dengan lagu 'You're Beutifull' dari James Brown. So romantik nyer suasana ni... macam kat overseas la plak.... hahaha perasan la kejap... padahal dari pagi lagi kami dah macam ikan dalam peti ais jer (BEKU).
Hari ni nampak macam tenang jer... big boss boleh buat joke lagi sejak pagi. 2nd boss pun diam jer dalam ofis... lalu pun senyap jer... keadaan tak lah stress sangat, mungkin sebab suhu sangat sejuk jadi dalam hati juga sangat dingin. Hari ni apa pun tak tau nak buat... kerja berlambak tapi pagi tadi dah siapkan Kew PA 7 untuk tingkat 20. Semalam dah pergi check semua bilik (lastly dapat settle jugak part ni...) hari ni siapkan dokumennya dan dapatkan tandatangan mana-mana pegawai dan anggota penguatkuasa yang ada. Penguatkuasa dah bagi pada Zue untuk tolong dapatkan tandatangan dari mana-mana pegawai dan anggota yang tak ada di pejabat hari ni (maklumlah sekarang kan musim PRU 13 - tapi diaorang ni biasa pun jarang ada kat atas selalunya diaorang kat bawah buat operasi lah pemantauan lah macam2 tugas bawah lah... nasiblah dapat tingkat 20).
Tengahari tadi tido macam biasa, dan telah mimpi 3 peristiwa (n3 lain akan cerita). Best tido, lepas tu pegi beli roti sosej kat RND makan kat ofis. Sejuk2 ni makan roti dan minum air panas, besstttt gilak.
~ with Love ~
Thursday, April 4, 2013
Wednesday, October 10, 2012
Denyut Jantung Ku untuk Mu
Kisah ni sambungan kepada Denyut Jantung Ku....
Sepanjang darjah 5 dan darjah 6 banyak sekali memori manis, suka dan duka... Maklumlah kami hidup kat kampung masa tu... Walaupun kampung kami berlainan tetapi tidaklah terlalu jauh. Seperti dalam kisah sebelum ini aku sebut abah ku seorang bekas tentera (waktu tu dia masih tentera) jadi abah ku ini terkenal dengan garang. Aku amat takut dengannya. Masa darjah 6 tu kami kankena exam UPSR... Jadi kami di bahagikan kepada beberapa kumpulan... Kebetulan boy ni 1 kumpulan dengan aku plak. Nak jadi cerita kami kena bergilir-gilir pergi ke rumah ahli kumpulan untuk buat discussion. Tapi aku memang tak benarkan sekali-kali mereka pergi ke rumah aku… lagi pula masa tu aku sangat pendiam… (kalau ada member-2 aku dari sekolah rendah jumpa aku sekarang tentu mereka tak percaya inilah diriku yang sebenarnya hari ini. Budak-2 ofis aku memang selalu cakap aku suka bercerita dan kuat membebel… sori lah adik-2… akak korang ni memang suka meleterkan…) ok balik pada cerita tadi… jadinya aku memang pendiam yang teramat sangat… masa tu plak aku ni tersangat kurus tinggidan berkulit gelap… maklumlah aku budak kampung… tapi ada kisahnya macam mana aku jadi macam hari ni dan ada juga kisah kenapa aku jadi sangat pendiam waktu tu… lain kali aku akan citer… masa ni kamikat kelas 6 merah, jadi kat dalam kelas ni mereka masih panggil aku budak baru sebab aku join sekolah ni masa penghujung darjah 4… ada yang masih ingat pada aku dan ada yang tak ingat… dia?? Entahlah… tak pernah aku salami hati dia… tapi masa tu aku suka dia sebagai kawan sebab dia seorang yang penyayang. Masa darjah 6 tu dia ada sorang adik lelaki baru masuk darjah 1, dia sangat caring kat adik dia… aku suka… segalanya tentang dia… di padang, dia kuat berlari… dia pemain bola sepak yang tak kurang hebatnya… masa tu aku bukan siapa-2… dia sangat popular… tapi bestnya masa tu dia bukan orang yang suka memilih kawan… seronoknya masa sekolah rendah tu kami byk enjoy… lepas balik kelas tambahan kami pergi mandi sungai dan main macam-2 game kat padang sekolah… best lah memori tu… aku rindu saat-2 tu… rindu yang teramat sangat…
Hati berdetik…
setiap saat dan ketika… dikala pejam mau pun celik… dalam mimpi mau pun jaga…
rindu ini tak pernah berhenti membakar gersang hati ini… lirikan matanya,
suaranya, lariannya, jalannya… hatta dapat melihat bayangnya hati ku sudah
puas… mampukah aku menghentikan denyut jantung ini… dan mampu kah ku
persembahkan pada yang hak??? 1st sign… segalanya hanya tentang kamu MSIM…
hanya aku dan dia… Tuhan tolonglah, jangan pisahkan aku dan dia… mampukah hati
ini berbisik lagi tatkala aku melalui jalan itu…
Setiap kali ku melihat bumbung rumah mu denyutan jantung ini bagai bergendang… semoga kamu bahagia walau siapa di samping mu…
Love story…
Denyut Jantung Ku
Pagi-2 N menyebut ttg x-bf dia... teringat plak aku tttg lelaki-2 yang pernah hadir dan bermain dalam memori ku kala denyut sepi mengundang lalu...
Masa kanak-2 (bodoh kalau diingat balik, kami masih budak hingusan lagi waktu tu... Tapi budak-2 pun ada perasaan kan?)
Ayah ku bekas tentera, tahun 1987 pertama kali aku bersua dia di kelas 1 h... Yang menarik minat ku ialah namanya dan gelaran yang diberi rakan-2. Tapi masa tahun ni aku masih biasa-2 lagi sbb baru 7 tahun dan x faham erti semua itu lagi. Masa tu aku kat sekolah kawan dengan sepupu aku rohaya abd. Aziz (aya). Aku masih seorang gadis cilik yang pendiam dan pemalu. (sangat pendiam). Masa tu aku amasuk skp dah pertengahan tahu, so aku kira dapat gelaran budak baru lah waktu tu... Tapi beberapa bulan lepas tu aku ikut abah dan sekali lagi berpindah ke tempat lain... Waktu ni ke kuala terengganu.
Pada tahun 1989... 2 tahun selepas pertemuan pertama aku bersua lagi dengannya untuk kali ke-2 di kelas 3h... Masih kelas hijau.kali ni aku suka sangat tengok dia sebab dia dah jadi budak femous... Dia dah jadi pengawas sekolah dan terkenal dengan kenakalan. Tapi tak lama beberapa bulan jer aku pindah lagi ke sekolah lain.... Jadi aku berpisah lagi dengannya.
Pertemuan ke-3 ialah pada tahun 1990... Masa aku datang skali lagi aku jadi budak baru di skp.... Dia? Macam biasa, semakin nakal, semakin tinggi dan semakin popular.... Kami masih di kelas sama 4 hijau walau pun waktu dah hujung tahun. Selepas cuti sekolah yang panjang, sesi baru persekolahan bermula dan aku masih di skp. Kali ni sebab aku salah seorang top 5 dalam kelas aku dan dia dapat ke kelas 5 merah. Seronoknya kerana aku kini bergelar pejar pandai dan duduk di kelas pertama bersam-sama kawan-2 yang pandai. Masa tu gelaran utama dia dalam kelas tu ialah kao attack, dari jepun... (mcm iklan sabun kat tv yang popular masa tahun tu...) Erm... Aku kan suka org macam tu... Chinise look... Dia plak bermata sepet, berkulit kening dan kurus tinggi persis jejaka jepun yang kami selalu tengok kat rancangan popular waktu tuiaitu mearo attack. Sejak itu dia akan di panggil jepun atau attack... 2 nama yg sinonim dengannya waktu tu.... Masa tu dia suka mengusik orang dan aku tak pasti dia sedar atau tidak aku memang sangat menyenangi dia.... Kalau boleh ingin sentiasa bersama dia. Memandangkan aku ni pendiam dan garang dalam kelas maka aku sangat kurang berbual dengan rakan-rakan dalam kelas. Malah aku sangat kurang di ajak menyertai aktiviti sosial mereka waktu tu... Iaitu mandi sungai dan merayau ke kampung kawan-2.
Pada tahun 1992 aku dan dia mendapat result upsr sama dengannya walaupun aku x pasti dia tahu atau tidak. Cuma aku pasti dia masih berbunga di hati ku. Bulan disember tu.... Dia melapor diri ke sekolah menengah lelaki dan aku pulak ke sekolah menengah perempuan. Perpisahan itu sungguh meruntun jiwa kerana aku terpaksa berpisah dengannya dan aku sering mengingati memori bersamanya hingga hari ini.
Lain kali aku citer lagi kesudahan Rahsia Hati ini. Buat masa ni aku nak pergi lunch dulu.... wassalam.
Love's Story,
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)