nuffnang

Friday, April 26, 2013

Jumaat yang beku di pejabat

Assalamualaikum dan selamat petang...

Cuaca: Hujan yang lebat sangat
Suasana sangat sejuk dan sunyi dengan lagu 'You're Beutifull' dari James Brown. So romantik nyer suasana ni... macam kat overseas la plak.... hahaha perasan la kejap... padahal dari pagi lagi kami dah macam ikan dalam peti ais jer (BEKU).

Hari ni nampak macam tenang jer... big boss boleh buat joke lagi sejak pagi. 2nd boss pun diam jer dalam ofis... lalu pun senyap jer... keadaan tak lah stress sangat, mungkin sebab suhu sangat sejuk jadi dalam hati juga sangat dingin. Hari ni apa pun tak tau nak buat... kerja berlambak tapi pagi tadi dah siapkan Kew PA 7 untuk tingkat 20. Semalam dah pergi check semua bilik (lastly dapat settle jugak part ni...) hari ni siapkan dokumennya dan dapatkan tandatangan mana-mana pegawai dan anggota penguatkuasa yang ada. Penguatkuasa dah bagi pada Zue untuk tolong dapatkan tandatangan dari mana-mana pegawai dan anggota yang tak ada di pejabat hari ni (maklumlah sekarang kan musim PRU 13 - tapi diaorang ni biasa pun jarang ada kat atas selalunya diaorang kat bawah buat operasi lah pemantauan lah macam2 tugas bawah lah... nasiblah dapat tingkat 20).

Tengahari tadi tido macam biasa, dan telah mimpi 3 peristiwa (n3 lain akan cerita). Best tido, lepas tu pegi beli roti sosej kat RND makan kat ofis. Sejuk2 ni makan roti dan minum air panas, besstttt gilak.


~ with Love ~

No comments :

Post a Comment