nuffnang

Friday, May 10, 2024

RINDU

 





Ini adalah antara Blog yang saya follow dan sangat suka... blog walking kat sini semacam dapat ketenangan dan inspiration.  Cara santai pemilik blog suka menyampaikan mesej dengan cerita-cerita tentang kehidupan beliau, menyebabkan saya sangat jatuh cinta pada blog ini.

Setelah lama tidak aktif, sangat2 merindui untuk membaca kisah2 beliau. 

Saya doakan semoga Akak sihat selalu dan jika akak terbaca catatan tinta ini, saya mengucapkan terima kasih atas inspirasi yang akak berikan tentang kisah2 kehidupan akak. Semoga akak sentiasa dalam Rahmat dan perlindungan Allah s.w.t. Aamiinn.

Wednesday, May 8, 2024

WWW: Cerita aku untuk hari ini

 







WWW : WHEN LONG TIME NO SEE


 

Thursday, May 2, 2024

Tinta cinta ku

Doa ku untuk mu… 

dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang.. 

Ya Allah …

Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kejalan-Mu.. jika kau halalkan aku merindui sahabatku, janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan daku pada cinta hakiki, rindu abadi dan kasih sejati hanya untuk-Mu. 

Ya Allah … 

kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kecemerlangan dan hidayah dari-Mu dalam menempuh cabaran serta liku-liku hidup di dunia dan di akhirat kelak … insya-Allah 

Yakinlah segala nikmat yang diperolehi itu datangnya dari Allah SWT. 

Walaupun sedikit apakan lagi banyak kita hendaklah sedar semuanya dari Allah SWT.

“Ya Allah, Jadikan seluruh perbuatan kami amal soleh dan jadikanlah perbuatan itu semata-mata untuk mencapai redhaMU dan bukan mencari keredhaan orang lain”

 — Umar Al-Khattab

DOA BUAT MU BERNAMA SAHABAT

 Bismillahirrahmanirrahim...

“Ya Allah. Panjangkanlah umur sahabatku kurniakanlah kesihatan yang baik padanya, terangi hatinya dengan nur pancaran iman.

Ya Allah, tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya kepada kebaikan, jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama,dunia dan akhirat.

Ya Allah, kurniakanlah sahabatku kesenangan, ketenangan, kebahagiaan dan kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat kelak.

Ya Allah, Ampunilah daku dan sahabatku dan masukkanlah kami kedalam rahmatmu dan Engkau adalah Tuhan yang maha penyayang.”

“Ya Rabbana. Jagalah hatinya agar tidak berpaling daripada melabuhkan hatinya pada hatiMu.

Ya Rabbul Izzati, jika dia rindu, rindukanlah dia pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu.

Ya Allah, walau apa pun takdir Mu ke atasku, maka disaat ini aku tahu dia perlukan pertolongan.

Oleh itu wahai Tuhan, aku dengan penuh rasa kehambaan yang penuh kehinaan memohon pada Mu bagi pihaknya, kerana dia adalah sahabatku.”

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Rabbana, atina fid dunya hasanah, wa fil akhirati hasanah, wa qina adzaban nar.

اَللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلاَمُ وَمِنْكَ السَّلاَمُ وَإِلَيْكَ يَعُوْدُ السَّلاَمُ فَحَيِّنَا رَبَّنَا بِالسَّلاَمِ وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ دَارَ السَّلاَمِ تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ يَا ذَالْجَلاَلِ وَالْأِ كْرَامِ

Allahumma antassalam, wa minkassalam, wa ilaika ya’uudussalam, fahayyina robbana bissalam, wa adkhilnal jannata daarossalam, tabarokta robbana wa ta’aalayta, yaa dzal jalaali wal ikram.

Wednesday, February 14, 2018

LKC

LKC ~ Lafazkan Kalimah Cintamu ~


Lagu Tema
Senarai Penuh OST  Lafazkan Kalimah Cintamu

 
<a href="http://www.filesupload.org/download-or-watch/e7880b501785e050df7d81312537a1a6/Lafazkan_Kalimah_Cintamu_Episod_18.mp4">Lafazkan_Kalimah_Cintamu_Episod_18.mp4</a> 

Tajuk : Lafazkan Kalimah Cintamu
Mula Tayangan : 15 Januari 2018
Masa : Setiap Isnin-Khamis, Jam 10 Malam
Siaran : Astro Ria 104 & Ria HD 132
Terbitan : SR One Sdn Bhd
Jumlah Episod : 32
Barisan Pelakon : Nelydia Senrose, Farid Kamil, Nadiyah Shahab, Adriana Adnan, Farez Ridzwan, Imam Shah, Azri Iskandar, Liza Abdullah, Anne Abdullah, Azhar Sulaiman, Adibah Noor, Nazia Mustafar, Nur Qistina Raisah
SINOPSIS LAFAZKAN KALIMAH CINTAMU
Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. Kecetekan iman Tengku Hisham menyebabkan beliau menyalahkan anak bongsunya sebagai punca kematiaan isterinya. Selama 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. Selepas tamat belajar Tengku Aqilah berhajat untuk kembali semula ke pangkuan keluarganya namun kepulangannya itu telah membuka tirai luka dalam hidupnya.
Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di Syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua.
Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu angkuh dan sombong, di tambah pula dengan kedudukan bapanya, Tengku Hashim sebagai pemegang syer terbesar di Syarikat Megah Holdings. Kehadiran Tengku Aqilah di Syarikat itu begitu menjengkelkannya, sehinggakan mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya.
Tengku Hashim, bapa saudara Tengku Aqilah amat menyanyangi gadis malang ini. Manusia hanya mampu merancang namun perancangan Yang Maha Esa lebih hebat dari segalanya. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir Tengku Hashim telah membuat satu wasiat yang telah mengubah segala-galanya. Apakah wasiat beliau itu? Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebenciaan Tengku Ryan Ameer pada Tengku Aqilah?

WW: LKC


Thursday, December 28, 2017

Kisah Kaunselor

Assalamualaikum...

Kisah ini bukan bertujuan mengaibkan sesiapa, tetapi inilah kisah saya di Jabatan baru sejak 1 tahun 322 (21/12/2017) hari.
Pada hari kedua saya bekerja di sini... jeng jeng jeng... dia telah menuding jari telunjuk hampir ke muka dan memalukan saya di depan rakan sekerja yang baru saya kenali selama 2 hari... untuk pengetahuan korang saya kerja dengan pasukan keselamatan negara (x perlu lah rasanya disebut detail).
Pegawai tersebut merupakan seorang perempuan yang telah melapasi umur 50 tahun, pemegang Master Psikologi dari UKM, Bangi.  Dia juga merupakan seorang pegawai berpangkat @ berada dalam kumpulan pegawai profesional.  Berbanding dengan saya yang dari kumpulan sokongan amatlah jauh jurang diantara kami. dari segi pangkat apatah gaji yang 5x ganda dari saya sendiri.
Namun begitu, sikap suka merendah-rendahkan orang lain dan memandang taraf untuk berkomunikasi sangat menjengkelkan saya dan rakan-rakan sepejabat.

Thursday, December 21, 2017

Persiapan Sekolah Anak Tahun 1

Ada anak Darjah 1 tahun 2018?  Ini persiapan sebagai ibu bapa.

1) Pastikan anak kenal huruf dan boleh membaca dan mengeja walau sedikit. Operasi asas nombor, tambah dan tolak bawah 10 dia dah kuasai.

Silibus KSSR Semakan 2017 sangat tinggi arasnya. Murid yang masuk dengan 'zero', pasti ketinggalan jauh ke belakang. Silap-silap akan masuk kelas pemulihan.

Bahasa Malaysia tahun 1 silibus baru ini murid dah kena pandai bina ayat berdasarkan gambar menjelang pertengahan tahun.

Matematik pula dah diperkenalkan asas bundar, asas pecahan malah pengurusan data. Ini semua topik di Tahun 4 kalau ikut silibus lama, KBSR. KSSR ni lain macam dia punya pergi.

Bayangkan kalau anak kita masuk dengan 'zero'. Pasti tertinggal kerana cikgu tak akan tunggu anak kita seorang.

2) Bimbing anak di rumah. Ini sangat penting. Berhenti merungut kata silibus tinggi dan soalan terlampau KBAT.

Anak walau ada asas membaca dan tahu operasi asas nombor pasti ketinggalan juga jika tiada bimbingan lanjut di rumah.

Silibus berat, masa singkat. Namun sebenarnya anak-anak kita boleh kuasai. Majoriti murid mampu ikut dengan baik.

Kebanyakan murid yang tertinggal adalah yang tidak diberi bimbingan lanjut di rumah.

Nak anak berjaya? Bantu mereka. Jangan harap ilmu di sekolah dan guru semata-mata.

3) Ajar anak kenali wang. Ajar anak guna wang. Ajar anak tunggu terima baki. Ajar anak jangan bagi wang jika murid lain minta. Ajar anak maklumkan pada cikgu kalau murid lain minta wang dari mereka.

Semua asas ini perlu diajar dari rumah lagi. Cikgu tak mampu nak ajar beratus murid cara guna wang dan cara jaga duit poket mereka.

*** Fakta : Ramai murid tahun 1 tidak tahu guna wang.

4) Ajar anak guna tandas awam/sekolah. Jangan buat macam di rumah. Ajar anak minta izin untuk ke tandas.

*** Fakta : Ada murid buka seluar dalam kelas dan berlari bogel menuju ke tandas tanpa rasa malu. Ada pula buka seluar di luar pintu tandas dan seluar basah kuyup kena air kat lantai dan kotor dipijak kawan yang lalu lalang.

5) Jangan takutkan murid dengan bagitahu mereka cikgu garang. JANGAN!

Ramai ibu bapa takutkan anak mereka dengan ayat,

" Abang jangan nakal-nakal. Nanti cikgu rotan."

Akibatnya, murid takut nak minta izin ke tandas.

*** Fakta : Kebanyakan murid yang kencing berak dalam seluar kerana takut untuk minta izin sebab dimomokkan oleh ibu bapa mereka bahawa cikgu garang.

6) Ajar anak berkongsi dan menjaga barang sendiri.

Bekal makanan buatlah lebih. Suruh anak berkongsi dengan murid lain. Ini amalan mulia.

Begitu juga pensel, pemadam dan alat tulis. Berkongsi, tapi sila pastikan mereka ambil dan simpan semula.

*** Fakta : Ramai murid tidak pandai jaga harta sendiri. Hasilnya, di kantin lambakan botol air dan bekal makanan yang murid tinggal. Dalam kelas, lambakan alat tulis yang jatuh tidak dikutip, buku ditinggalkan di bawah meja.

7) Jangan bagi murid pakai kasut bertali jika mereka tak pandai ikat. Ajar juga anak buka dan pasang tali pinggang.

Ramai murid tahun 1 pakai tali pinggang buat kali pertama bila menjejak kaki di sekolah. Mak ayah yang pakaikan di rumah.

*** Fakta : Ramai murid terkencing dan terberak dalam seluar gara-gara tak pandai buka tali pinggang.

8) Ajar anak susun jadual ikut hari. Jangan bawa semua buku. Bawa buku mengikut jadual sahaja. Baru beg tak berat.

Ajar ayah dia sekali susun jadual anak. Ini pun penting!

*** Fakta : Biasa murid bawa buku ikut jadual dan beg tak berat. Suatu hari semua buku murid itu bawa. Rupanya ibu dia 'out station' dan ayah tukang susun buku.

Semua buku ayah dia sumbat. Banana punya ayah. Kesian kat anak.

9) Jika ada 'group wasap' kelas, jangan wasap tengah-tengah malam buta dan mengharap balasan segera. Cikgu bukan kedai 7-Eleven yang setiap masa tunggu nak reply mesej anda.

Hormati 'group wasap' tersebut. Jangan post status politik, jangan spam dengan nasihat, kata-kata hikmah, perkongsian cerita menarik atau apa jua. Cukuplah group itu untuk maklumat anak dan kelas.

Nak sangat post isu semasa, hadis, kata nasihat, mutiara kata, mutiara naga, kau buka group wasap lain dan add lah semua parent. Post lah semua benda sesuka hati kamu.

Paling penting, jangan promote barang anda berniaga dalam group tu. Menyampah dan mengganggu tahu tak?

10) Usah lagi diratib tentang sukarnya silibus baru dan payahnya soalan KBAT.

BERHENTI MERUNGUT!

Sebaliknya bertindaklah. Merungut tidak mampu mengubah apa-apa. Orang lain yang bertindak anak mereka dah maju ke depan.

Kita yang sering merungut di hadapan anak tentang sukarnya silibus sehingga anak pun set dalam kepala 'payahnya belajar'.

**

Sesi persekolahan untuk tahun 2018 akan bermula sekitar 12 hari sahaja lagi. Masih ada masa untuk ibu bapa ajar anak sebagai persiapan mereka melangkah ke alam persekolahan nanti.

Banyak lagi tips yang aku nak tulis. Tapi dah penat. Cukup la dulu 10 tips ini ya. Kalau aku rajin aku tulis lagi.

Oh ya, kau yang ada tips penting silalah kongsi diruangan komen. Nanti kawan-kawan boleh pakat baca.

~Luahan Rasa~ 
Cikgu Tahun Satu.

Nota: Saya sekadar share dari group wasap.

Wednesday, December 20, 2017

Doa Orang Teraniaya Dan Dizalimi


Berikut Doa Orang Teraniaya dan dizalimi dalam Al-Qur’an: Surat An-Naml Ayat 62, yang berbunyi:
 

أَمَّنْ يُجِيبُ الْمُضْطَرَّ إِذَا دَعَاهُ وَيَكْشِفُ السُّوءَ وَيَجْعَلُكُمْ خُلَفَاءَ الأرْضِ أَإِلَهٌ مَعَ اللَّهِ قَلِيلا مَا تَذَكَّرُونَ



“Atau siapakah yang memperkenankan (do’a) orang yang dalam kesulitan, apabila ia berdo’a kepada-Nya, dan yang menghilangkan kesusahan, dan yang menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah di bumi?. Apakah di samping Allah ada ilah (yang lain)?. Amat sedikitlah kamu mengingat-ingat(-Nya).” – (QS.27:62)

Doa Ketika Anak Sedang Tidur



Watch - Lao Tze


Friday, September 29, 2017

Goosebumps

Thursday, January 26, 2017

Bahasa Tinggi

Apakah yang dikatakan Bahasa Tinggi?
• Bahasa Tinggi adalah bahasa persuratan,
• Bahasa rasmi,
• Bahasa terkawal,
• Bahasa orang terpelajar,
• Bahasa orang berkuasa,
• Bahasa sempurna,
• Bahasa tahap budaya tinggi



Nota: Cerita semalam masih berkaitan. Maaf lah hati susah nak sembuh bila terluka yang maha dalam. dalam entry lain saya akan hurai tentang peryataan diatas.

Wednesday, January 25, 2017

WW - SABAR


Thursday, December 29, 2016

musafir senja : Sabarlah Wahai Teman



Sabarlah Wahai Teman

Kelmarin, ku ziarahi seorang teman
Sedang terlantar menanggung ujian
Mengadu dirinya merasa begitu bosan
Perasaan dan emosinya begitu tertekan
Tak putus doanya di pohon kepada tuhan
Moga segera pulang ke kampung hlaman

Wahai teman
Sekadar berpesan
Di dalam Al-Quran
Allah telah berfirman
Mati dan hidup itu ujian
Buat setiap yang beriman
Melihat bukti tahap kesabaran
Kelayakan untuk diberi ganjaran
Rahmat dan kasih saying dari Tuhan
Sedikit diambil banyak yang diberikan
Syurga firdaus Nya saja sebagai balasan

Teman ku bermuhasabahlah
Ujian dari Nya bukin musibah
Setiap yang berlaku punya hikmah
Mengajar diri untuk sabra dan tabah
Keinsafan diri dan kemanisan beribadah
Mog n dan amal mu makin bertambah

Doa ku kirimkan
Berkalung harapan
Ujian bukan halangan
Rebah dalam perjalanan
Tapi ianya sebagai cabaran
Meneruskan langkah kehidupan
Perjuangan menegakkan kebenaran
Sabra dan yakinlah janji Nya wahai teman

musafir senja
8 rabi’ul awal 1438 / 8 disember 2016, vista bsp

Wednesday, December 28, 2016

WW: STIFln


Thursday, October 27, 2016

Part 1: My Girl

Assalamualaikum....

Pepagi di pejabat, nak cerita kisah  pasal My Girl semalam.  Nak gugur jantung saya dapat wassap dari my sis anak kena cucuk kat dada dengan pensil oleh rakan sekelas.

Masya Allah... budak-budak kan... darjah 1 pulak, memang tengah nakal semuanya... saya tak ade lah nak salahkan anak sape-sape, tapi sebagai parent mesti akan menyebelahi anak kita... tak kisah salah siapa sebagai orang dewasa kita kena berfikir sebagai orang dewasa, jangan kita juga turut terpengaruh dengan situasi anak-anak berumur 7 tahun. 

Setelah mendapat berita tu saya terus hubungi pejabat dan minta half day memandangkan saya waktu tu tengah lunch dengan officemate.  Selepas hantar kawan ke pejabat, terus saya pecut ke rumah nak tengok keadaan My Girl, sebelum tu saya dah sempat wassap pada guru kelas My Girl.  Guru kelas My Girl rupanya tak ada di sekolah kerana ada mesyuarat di PPD.  Habis tu tak ada ke guru lain di sekolah yang boleh pantau budak2 tu di sekolah? hati saya tertanya2 juga...

Bila dah ambik dia di rumah bawa pergi klinik, sempat tanya My Girl sakit ke? (soalan yang agak tak masuk akal tapi entah la... susah jugak nak jawab napa soalan itu yang di tanya waktu tu....) My Girl dengan perlahan geleng kepala dan jawab 'tak sakit... sikit je ni ibu...', rasa nak menitis air mata... anak umur 7 tahun pun pandai nak sedapkan hati ibunya dengan jawapan itu walau jelas terlukis diwajahnya kesakitan setiap kali mengerakkan badan atau bila kereta melanggar bonggol di atas jalan...

Sampai di klinik masa pendaftaran My Girl cuma duduk macam termenung sesuatu sahaja... tidak seaktif seperti biasa... tiada senyuman dan hanya sesekali mengigit bibir bawah mungkin sedang menahan kesakitan. Sesekali bunyi suara berdecit tapi amat perlahan. Mata terus memandang kanak2 bermain sesekali menjeling siaran kartun di TV LCD klinik tapi fikiran seolah2 melayang entah kemana... hati ibu ini berdetup detap melihat mata anak yang sayu.  Bila bertembung pandang My Girl segera tersenyum seolah-olah faham kerisauan ibu, tangan ibu digenggam. Sejuk sangat. Ya Allah!! Anak aku... air mata hampir menitis tapi cepat2 aku tersenyum sambil membuangnya... tidak mahu kekuatan yang mungkin sedang dibina olehnya tumbang dek air mata ibunya yang cenggeng... Aku terus tersenyum dan mengeratkan genggaman tangan, sama2 menyalurkan kekuatan.

Friday, October 14, 2016

Rindu sesangatttttt....

Assalamulaikum w.b.t

Sangat, sangat, sangat lama..... berdebu/berhabuk/besawang dan sewaktu dengannya.....

Rindu dengan coretan rakan-rakan blogger yang sentiasa memberi inspirasi dan ketenangan kepada jiwa ini... Rindu pada coretan bersahaja Kak Aziela di blognya My Rainbow. Saya boleh duduk berjam2 depan PC membaca entry2 Kak Aziela... T.K kak sebab kadang2 entry akak selalu bg inspirasi dan kekuatan kpd saya menghadapi dugaan kehidupan. Akak seperti kakak yang tak pernah saya ada sentiasa penuh dgn nasihat dan pengalaman yang awsome... :-).  Nasihat dan pengalaman kehidupan akak kdg2 selalu kena dgn kehidupan saya dan sgt awsome... setiap kali otak saya gagal berfungsi dgn baik, saya baca entry2 akak bermacam idea giler akan TING!! pelik kan... sebab akak saya berjinak2 dgn blog...
Rindu jugak dgn semua blogger2 yg lain... :-(

huhuhuhu... nak taip entry ni pun makan masa 2 hari baru dapat nk hantar (belum hantar tp harap ... ape ape jer... apa yang dok melalut sgt nih yer... mungkin sbb kebingungan la nih... hmmm...hmmmm...

Wednesday, November 19, 2014

Frozen