Pagi-2 N menyebut ttg x-bf dia... teringat plak aku tttg lelaki-2 yang pernah hadir dan bermain dalam memori ku kala denyut sepi mengundang lalu...
Masa kanak-2 (bodoh kalau diingat balik, kami masih budak hingusan lagi waktu tu... Tapi budak-2 pun ada perasaan kan?)
Ayah ku bekas tentera, tahun 1987 pertama kali aku bersua dia di kelas 1 h... Yang menarik minat ku ialah namanya dan gelaran yang diberi rakan-2. Tapi masa tahun ni aku masih biasa-2 lagi sbb baru 7 tahun dan x faham erti semua itu lagi. Masa tu aku kat sekolah kawan dengan sepupu aku rohaya abd. Aziz (aya). Aku masih seorang gadis cilik yang pendiam dan pemalu. (sangat pendiam). Masa tu aku amasuk skp dah pertengahan tahu, so aku kira dapat gelaran budak baru lah waktu tu... Tapi beberapa bulan lepas tu aku ikut abah dan sekali lagi berpindah ke tempat lain... Waktu ni ke kuala terengganu.
Pada tahun 1989... 2 tahun selepas pertemuan pertama aku bersua lagi dengannya untuk kali ke-2 di kelas 3h... Masih kelas hijau.kali ni aku suka sangat tengok dia sebab dia dah jadi budak femous... Dia dah jadi pengawas sekolah dan terkenal dengan kenakalan. Tapi tak lama beberapa bulan jer aku pindah lagi ke sekolah lain.... Jadi aku berpisah lagi dengannya.
Pertemuan ke-3 ialah pada tahun 1990... Masa aku datang skali lagi aku jadi budak baru di skp.... Dia? Macam biasa, semakin nakal, semakin tinggi dan semakin popular.... Kami masih di kelas sama 4 hijau walau pun waktu dah hujung tahun. Selepas cuti sekolah yang panjang, sesi baru persekolahan bermula dan aku masih di skp. Kali ni sebab aku salah seorang top 5 dalam kelas aku dan dia dapat ke kelas 5 merah. Seronoknya kerana aku kini bergelar pejar pandai dan duduk di kelas pertama bersam-sama kawan-2 yang pandai. Masa tu gelaran utama dia dalam kelas tu ialah kao attack, dari jepun... (mcm iklan sabun kat tv yang popular masa tahun tu...) Erm... Aku kan suka org macam tu... Chinise look... Dia plak bermata sepet, berkulit kening dan kurus tinggi persis jejaka jepun yang kami selalu tengok kat rancangan popular waktu tuiaitu mearo attack. Sejak itu dia akan di panggil jepun atau attack... 2 nama yg sinonim dengannya waktu tu.... Masa tu dia suka mengusik orang dan aku tak pasti dia sedar atau tidak aku memang sangat menyenangi dia.... Kalau boleh ingin sentiasa bersama dia. Memandangkan aku ni pendiam dan garang dalam kelas maka aku sangat kurang berbual dengan rakan-rakan dalam kelas. Malah aku sangat kurang di ajak menyertai aktiviti sosial mereka waktu tu... Iaitu mandi sungai dan merayau ke kampung kawan-2.
Pada tahun 1992 aku dan dia mendapat result upsr sama dengannya walaupun aku x pasti dia tahu atau tidak. Cuma aku pasti dia masih berbunga di hati ku. Bulan disember tu.... Dia melapor diri ke sekolah menengah lelaki dan aku pulak ke sekolah menengah perempuan. Perpisahan itu sungguh meruntun jiwa kerana aku terpaksa berpisah dengannya dan aku sering mengingati memori bersamanya hingga hari ini.
Lain kali aku citer lagi kesudahan Rahsia Hati ini. Buat masa ni aku nak pergi lunch dulu.... wassalam.
Love's Story,
No comments :
Post a Comment