Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan Menyebut Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang.
"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH"
Ayat 49 : Surah Adz-Zariyat
Setiap makhluk diciptakan Allah secara berpasang-pasangan. Berpasangan secara kasar kita tafsirkan bahawa ia berdua... sepasang maknanya ia berbeza /berlainan/ mempunyai perbezaan. Dan perbezaan ini pula saling melengkapi antara keduanya. Mungkin ada yang menafsirkan berpasangan maksudnya berlawanan. Sebenarnya fikiran begini amatlah salah sama sekali.... kenapa saya kata begitu? kerana Allah menjadikan pasangan sebagai saling melengkapi dan memain peranan masing-masing dan bukan saling berlawanan. kerana contoh berlawanan adalah utara lawannya selatan - dari segi akal logiknya... jarak utara dan selatan itu sendiri menggambarkan pemisahan yang jauh.... sedangkan pasangan adalah orang yang sentiasa berada disisi dan saling melengkapi seperti sudu dan garfu, piring dan cawan, teh dan gula, kopi dan susu.... oleh itu jangan lah kita beranggapan pasangan kita itu adalah berlawanan... kerana bila kita tanamkan dalam jiwa dia berlawanan maka perhubungan antara dua jiwa dan hati itu akan semakin menjarak. Untukkita sentiasa mengharmoni kan cinta di hati pasangan siramlah kasih yang tulus dengan saling melengkapi antara satu sama lain. Jika dia bersedih jangan kita mengejek akan kedukaan atau kecelakaan yang berlaku pada dia atau persekitaranya yang membuatkan dia berduka. Walaupun kita sememangnya tidak suka akan perkara tersebut. Berkongsilah dan berlembutlah kala dia memerlukan. Antara keduanya haruslah melengkapi dan menyempurnakan peranan masing-masing. Bertindaklah secara tegas dan lembut agar tiada hati yang terluka.
Lot of Love's
No comments :
Post a Comment