nuffnang

Wednesday, June 5, 2013

Taman Tema Anggry Birds di Johor Bahru

Assalamualaikum w.b.t,

Lamanya tak letak n3 kat sini. Rindu sangat2 tapi rasa tak sihat dan mood internet di ofis yg tak menentu menjadikan mood nk letak n3 ni terbantut. Hari ni masa tengah jalan-2 kat blog rakan-2 blogger lain n3 Daddy Ziyyad di SINI maka Liya sangat tertarik nak jugak komen secara peribadi.Tajuk pun pinjam Daddy Ziyyad punya yer... ^_^

Liya ni dah beberapa kali singgah ke blog beliau tapi belum pun tergerak hati nak komen mana n3 beliau. Tapa tentang n3 Daddy Ziyyad hari ni rasa menarik lak nak komen jugak... pasalnya, saya ni bkn lah dari negeri Johor pun tapi sejak sekolah menengah saya peminat tegar novelis  Khadijah Hashim. Novel pertama beliau yg juga novel pertama koleksi saya ialah Badai Semalam. Dalam BS ni KH byk bercerita tentang suasana johor waktu zaman tu, selat tebrau, tambak johor dan kota singa yg gah tu. Selain novel ni banyak juga novel beliau berlatar belakangkan suasana selat tebrau dan pada tahun 90an yang liya lupa tajuk-2nya (masa tu liya di sek. men.) byk novel2 yg berlatar belakangkan keindahan pantai lido dan selat tebrau yg indah. Saya tak tau la macam mana tapi sebab sy pun asal dari negeri yg punyai banyak pantai maka saya rasa pemandangan pantainya tetap sama cuma dari pantai timur tak dapat lihat matahari terbenam.
2 hari lepas, selepas mendengar bebelan hubby tentang negeri kelahirannya yang semakin panas tu, saya terfikir jugak nak buat n3 ni. Tapi memandangkan DZ dah masukkan n3 ni saya suka sangat sebab my hubby pun cakap benda yang sama tentang pantai Lido yg hilang dan selat tebrau yang dah sempit dan tentang pembangunan yang menghakis warisan bumi kelahirannya. Memang saya akui Danga Bay memang tak ada yang menarik biasa-biasa aje.

My hubby cakap, pembinaan Legoland sebenarnya bukan untuk rakyat Johor tapi lebih kepada untuk rakyat Singapore yang tak punya cukup tanah di bumi sendiri. Memandangkan tukaran matawang mereka lebih besar, maka harga tiket yg tinggi bukan 1 masalah bagi mereka. Tapi bagi kita rakyat malaysia, harga tiket tu memang mahal dan agak melampau. Seumur hidup berapa kali kita mampu bawa anak-anak (yang purata rakyat malaysia sekarang adalah 2-4 orang anak) ke Legoland tu. Lebih baik kami bawa anak ke Taman sains negara yg baru berharga RM6.00 sahaja.

Walau apa pun tahniah Daddy Ziyyad, rasanya ramai juga orang johor yang sedar tentang pembangunan yang meragut keindahan warisan di negeri ini. Bak kata my hubby, rakyat terpaksa membayar harga sebuah pembangunan itu dengan harga yang terlalu mahal. Malah anak-anak kita juga telah kehilangan warisan tinggalan nenek moyang kita. 

Pantai Lido dan Selat Tebrau yang terkenal tidak lagi diingat. Walaupun Liya tak pernah jejakkan kaki ke Pantai Lido tapi Liya pasti rindu suasana Pantai Lido yang nyaman dan penjual sate di pantai Lido (seperti gambaran dalam novel dan cerita kakak ipar Liya).

5 comments :

  1. Sayang sungguh kan. Kalau ada yang giat ketengahkan issue nie, nak tak nak kerajaan harus bertindak juga.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete