nuffnang

Showing posts with label Bicara Liya. Show all posts
Showing posts with label Bicara Liya. Show all posts

Thursday, July 11, 2013

Ramadhan Datang Lagi...

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah ramadhan datang lagi tahun ni. Fuh lega hari ni dapat buat entri ni, dah lama sangat tak dapat buka blogspot. Maklumlah kat ofis ni internetnya sangat slow... blogspot, fb dan twiter semua tak boleh... Kat rumah plak, sejak pindah rumah baru kat area rumah kita tu tak ada unifi lagi jadi register stremix tapi dah 2 minggu belum pasang-pasang lagi. Rindu sangat dah nak blog walking... nak tahu jugak perkembangan rakan-rakan bloger kita. Hari ni nasib baik dah boleh buka internet tu pun sebab Nashri yang baik hati datang godek-godek komputer kita tadi... TQ Nash. Dapatlah melepaskan rindu pada blog kita dan rakan-rakan bloger semua. :)

~Liya Sufiah~

Wednesday, June 5, 2013

Hilangkah Warisan Kita

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya raya
Tergadai seluruh harta Benda
Akibat sengkita sesamalah kita
Cinta lenyap diarus zaman

Indahnya bumi kita
Warisan berkurun lama-nya
Hasil mengalir ketangan yang lain
Peribumi merintih sendiri

Masa depan sungguh kelam
Kan lenyap peristiwa semalam
Tertutup hati terkunci mati
Maruah peribadi dah hilang

Kini kita tinggal kuasa
Yang akan menentukan bangsa
Bersatulah hati bersama berbakti
Pulih Kembali harga diri

Kita sudah tiada masa
Majulah dengan maha perkasa
Janganlah terlalai teruskan usaha
Melayukan gagah di nusantara (3X)

Taman Tema Anggry Birds di Johor Bahru

Assalamualaikum w.b.t,

Lamanya tak letak n3 kat sini. Rindu sangat2 tapi rasa tak sihat dan mood internet di ofis yg tak menentu menjadikan mood nk letak n3 ni terbantut. Hari ni masa tengah jalan-2 kat blog rakan-2 blogger lain n3 Daddy Ziyyad di SINI maka Liya sangat tertarik nak jugak komen secara peribadi.Tajuk pun pinjam Daddy Ziyyad punya yer... ^_^

Liya ni dah beberapa kali singgah ke blog beliau tapi belum pun tergerak hati nak komen mana n3 beliau. Tapa tentang n3 Daddy Ziyyad hari ni rasa menarik lak nak komen jugak... pasalnya, saya ni bkn lah dari negeri Johor pun tapi sejak sekolah menengah saya peminat tegar novelis  Khadijah Hashim. Novel pertama beliau yg juga novel pertama koleksi saya ialah Badai Semalam. Dalam BS ni KH byk bercerita tentang suasana johor waktu zaman tu, selat tebrau, tambak johor dan kota singa yg gah tu. Selain novel ni banyak juga novel beliau berlatar belakangkan suasana selat tebrau dan pada tahun 90an yang liya lupa tajuk-2nya (masa tu liya di sek. men.) byk novel2 yg berlatar belakangkan keindahan pantai lido dan selat tebrau yg indah. Saya tak tau la macam mana tapi sebab sy pun asal dari negeri yg punyai banyak pantai maka saya rasa pemandangan pantainya tetap sama cuma dari pantai timur tak dapat lihat matahari terbenam.
2 hari lepas, selepas mendengar bebelan hubby tentang negeri kelahirannya yang semakin panas tu, saya terfikir jugak nak buat n3 ni. Tapi memandangkan DZ dah masukkan n3 ni saya suka sangat sebab my hubby pun cakap benda yang sama tentang pantai Lido yg hilang dan selat tebrau yang dah sempit dan tentang pembangunan yang menghakis warisan bumi kelahirannya. Memang saya akui Danga Bay memang tak ada yang menarik biasa-biasa aje.

My hubby cakap, pembinaan Legoland sebenarnya bukan untuk rakyat Johor tapi lebih kepada untuk rakyat Singapore yang tak punya cukup tanah di bumi sendiri. Memandangkan tukaran matawang mereka lebih besar, maka harga tiket yg tinggi bukan 1 masalah bagi mereka. Tapi bagi kita rakyat malaysia, harga tiket tu memang mahal dan agak melampau. Seumur hidup berapa kali kita mampu bawa anak-anak (yang purata rakyat malaysia sekarang adalah 2-4 orang anak) ke Legoland tu. Lebih baik kami bawa anak ke Taman sains negara yg baru berharga RM6.00 sahaja.

Walau apa pun tahniah Daddy Ziyyad, rasanya ramai juga orang johor yang sedar tentang pembangunan yang meragut keindahan warisan di negeri ini. Bak kata my hubby, rakyat terpaksa membayar harga sebuah pembangunan itu dengan harga yang terlalu mahal. Malah anak-anak kita juga telah kehilangan warisan tinggalan nenek moyang kita. 

Pantai Lido dan Selat Tebrau yang terkenal tidak lagi diingat. Walaupun Liya tak pernah jejakkan kaki ke Pantai Lido tapi Liya pasti rindu suasana Pantai Lido yang nyaman dan penjual sate di pantai Lido (seperti gambaran dalam novel dan cerita kakak ipar Liya).

Tuesday, May 21, 2013

Mesyuarat KTA dan Hari Keluarga KTA.

Assalamualaikum...

Tadi petang ada meeting dengan Timbalan Ketua Trafik Pasukan (T/KTP) yang baru Tn Hj. Toha, kiranya mesyuarat kali pertama beliau dengan Kakitangan Awam (KTA) Cawangan Trafik ni. Kelainan yang beliau bawa berbanding dengan Tn Hj Fuad adalah dia jemput sekali dengan semua PT setiap bahagian/unit. Rasa macam terlebih formal bila mesyuarat yang biasanya berlangsung santai jer sebelum ini. Selapas meeting kami hadap pula bihun soto dan teh panas. Fuuuhhhh hilang kejab keboringan meeting tadi. ^_^. (Liya memang tak suka hadir meeting. BORING.)

Selepas mesyuarat yang berlangsung agak panjang jugak, E.O Azura pula sambung mesyuarat dengan mesyuarat untuk Hari Keluarga KTA. Mesyuarat ni tak lah formal sebab macam perbincangan jer sebenarnya. Untuk mempercepatkan meeting petang tadi Pn Azura menggunakan kuasa veto beliau melantik ajk-2. Dalam perbincangan sejam tu, kami belum la putuskan tempatnya nak buat hari keluarga ni. Tahun lepas (2012) Tn Hj Fuad sponser 90% acara tersebut yang di buat di Grey Sand Resort PD. Tahun ni sposer dah tak ada so kalau nak buat jugak kena buat collection la... rata kami ingat nak buat tempat yng murah dan dekat-dekat jer... ada yang cadangkan Grey Sand lagi ada yang cadangkan buat kat Bagan Lalang lah tapi P.A Dato' KTP (K.Ana) cadangkan kat Janda Baik. Hmm bagi Liya, liya suka tempat yang boleh bersantai untuk anak-2 sebab bila hari keluarga ni biasanya anak-2 la yang paling seronok. Macam tahun lepas, keseronokan acara tu dapat dirasa kerana beberapa minggu selepasnya majlis tu masih diperkatakan. Sufiah juga seronok dan asyik lihat gambar-2 sepanjang hari keluarga tu. Bila dia tengok gambar mulut sibuk bercerita macam-2... kita ibubapa ni tumpang seronok bila anak-2 seronok kan. Harap tahun ni punya hari keluarga tetap cemerlang seperti yang lepas. 

Dikesempatan ini Liya nak juga tanya pendapat kawan-2 bloger mengenai tempat-2 yang seronok / sesuai dibuat acara hari keluaraga ni... yerla kalau ada pendapat-2 bernas dari rakan-2 Liya alu-2kan.

p/s : Liya teringin buat area P/Dickson atau Fraser Hill.... rasa-2 mana lebih seronok?

Monday, May 13, 2013

Doa ketika difitnah, dipulau, dibenci atau dianiaya

Doa mohon kekuatan ketika difitnah, dipulau, dibenci atau dianiaya
Maksudnya :

Lalu diadakan di antara mereka dinding yang mempunyai pintu. Disebelah dalamnya ada rahmat dan di sebelah luarnya dari situ ada siksa.
Surah Al Hadiid : Ayat 13

Cara Mengamalkannya :

Sebaiknya baca sekali selepas solat, mudah-mudahan Allah memberi ketenangan kepada kita yang dianiaya sebaliknya orang yang menganiaya berada dalam keadaan tidak tenang.

Liya harap doa ini kita amalkan supaya dapat mengelakkan perkara tak diingini berlaku pada kita dan keluarga. Semoga dijauhkan segala musibah keatas keluarga kita.