nuffnang

Showing posts with label Ofis. Show all posts
Showing posts with label Ofis. Show all posts

Friday, May 10, 2013

Tamu di Masjid Negara

Hari ni Cik Suhaila dah sihat, dia bawa kereta pulak. Sejak Cik Sue dh beli kereta rajin sungguh kami pergi ke 'Tamu' di masjid negara ni. Walaupun terpaksa bersesak-2 sikit tapi tak kisah. Terima kasih Cik Sue sebab sudi tumpangkan. Kalau dulu boleh jer pergi jalan kaki tapi sekarang nak manja-2 dengan Cik Sue nak naik kereta baru. Tamu kat Masjid Negara ni tak lah besar mana pun cuma 1 kali seminggu jer iaitu pada tiap-tiap jumaat. Tapi tempat ni selalu sesak dan panas. Kalau nak beli makanan mesti kena beratur panjang, tapi kalau pergi ramai-2 boleh pecah-2 dan kirim lah mana yang nak beli sama. Menu saya selalunya Bihun Sup Utara atau pun Nasi Ayam. Menu wajib mestilah Keropok goreng yang bulat-2 untuk Sufiah dan Ice blanded. Ice blanded dia memang best sebab dia guna buah fresh. Saya memang suka MANGA la apa lagi.
Tamu ni sebenarnya ada la sorang kawan kita ni dia dari sabah, pernah satu hari dia tersesat kat area Tangling (maklum lah nak ke ofis kita ni jalan berbelit sikit, bagi yg tak pernah datang tu sering la tersesat)  dan dia call cakap dia pusing-2 jumpa tamu, kita pun tak pasti dia kat mana? masa kita nak keluar pusing ambik dia kat lake garden depan tu terjumpa anggota pejabat kita dan saya tanya lah kat mana tamu? Nasib baik dia pernah tinggal di Sabah... dia tanya la balik kawan saya tu orang Sabah ker? memanglah kawan kita tu orang Sabah. Rupanya Tamu tu adalah 'Pasar'... hahahaha, gelak sakan saya dan kawan sorang lagi kat dalam lift masa tu.... ingatkan apalah tamu tu kan? tulah bagus jugak ada kawan pelbagai kaum dan bangsa. Banyak kita boleh belajar kan? Kita rakyat malaysia ni beruntung sebab terdiri dari pelbagai kaum kan? dan yang penting kita dapat hidup harmoni dan aman damai di bawah satu langit. InsyaAllah.

Friday, April 26, 2013

Jumaat yang beku di pejabat

Assalamualaikum dan selamat petang...

Cuaca: Hujan yang lebat sangat
Suasana sangat sejuk dan sunyi dengan lagu 'You're Beutifull' dari James Brown. So romantik nyer suasana ni... macam kat overseas la plak.... hahaha perasan la kejap... padahal dari pagi lagi kami dah macam ikan dalam peti ais jer (BEKU).

Hari ni nampak macam tenang jer... big boss boleh buat joke lagi sejak pagi. 2nd boss pun diam jer dalam ofis... lalu pun senyap jer... keadaan tak lah stress sangat, mungkin sebab suhu sangat sejuk jadi dalam hati juga sangat dingin. Hari ni apa pun tak tau nak buat... kerja berlambak tapi pagi tadi dah siapkan Kew PA 7 untuk tingkat 20. Semalam dah pergi check semua bilik (lastly dapat settle jugak part ni...) hari ni siapkan dokumennya dan dapatkan tandatangan mana-mana pegawai dan anggota penguatkuasa yang ada. Penguatkuasa dah bagi pada Zue untuk tolong dapatkan tandatangan dari mana-mana pegawai dan anggota yang tak ada di pejabat hari ni (maklumlah sekarang kan musim PRU 13 - tapi diaorang ni biasa pun jarang ada kat atas selalunya diaorang kat bawah buat operasi lah pemantauan lah macam2 tugas bawah lah... nasiblah dapat tingkat 20).

Tengahari tadi tido macam biasa, dan telah mimpi 3 peristiwa (n3 lain akan cerita). Best tido, lepas tu pegi beli roti sosej kat RND makan kat ofis. Sejuk2 ni makan roti dan minum air panas, besstttt gilak.


~ with Love ~

Wednesday, October 17, 2012

Minggu yang sangat best...

kenapa yer???
ermmm  korang tak kan tak boleh agak kenapa? sebabnya kerana.... jeng, jeng, jeng.... sebab BOSES semua tak ada di office sepanjang minggu.... :) bestttttt gilerrrrrr.... giler la kami kat office ni.... hahaha...

dari hari isnin nak post belum berjaya post... tapi hari ni menyampah tul la aku dengan Mdm A tu... apa-apalah... malas nk cakap lagi....

sekarang tak boleh ngumpat lagi yer... sebab ada orang dah jumpa kita... semoga lagi dua hari yang berbaki di minggu ini tidak membosankan... jom kita pergi jalan-jalan. ke mana? pergi pasar malam... ehhh hari ni rabu... tak ada pasar malam la... kita pergi family store jer lah... joooommmmm shopping.

Love's...

Tuesday, October 9, 2012

Selasa Pagi at Ofis

fuh lega... minggu ni Mr I bercuti selama seminggu... Mdm K plak mcm dh ok mood dia... hmm petang ni apa plak berlaku x tau lah sbb dia free sgt2... hari ni kat ofis cuma ada aku, R, S, N dan H.... yang lain-2 semua cuti dan off.... En. Z, En. A, En. M, En. I, En. D, Mr Z, Mr I... Pn. A dan Mdm K pg meeting... so kami bermaharajalela... R plak mmcm biasa rajin sekali buat kerja...

aku plak pagi tadi, lepas 1 seksa sebab dh siapkan minit mesyuarat cuma x pasti macamana dan apa komplen peg.-2.... huhuhu... berdebar jugak tunggu feedback dari Ms M.Tunggu jelah...

berita baiknya kami dah dapat pantry baru... pagi tadi dah start makan kat pantry baru... kelakarlah pantry dalam stor hahaha....x kisahlah janji ada pantry....

love's
princess diary

Monday, September 24, 2012

Penat, pening & migrin...

Assalamualaikum w.b.t

Dah beberapa hari x up-date... rindu memang rindu tapi sekarang sibuk sangat la... kat ofis memang x boleh nak buat benda lain... madam asyik suruh itu suruh ini... macam-2 la... harap-2 esok x der meeting unit. penat la...

Pagi tadi pecah record... sampai ofis jam 6.20 a.m... biasanya waktu tu baru nak kuar rumah... ni semua gara-2 si IB tu la... hujung minggu langsung x tenang fikiran aku nih... asyik dok pikir pasal kerja kat ofis... tp pagi td nasib baik En.H berjaya siapkan report tu... boleh la madam pergi meeting dgn pengarah. tp esok lusa tunggu la plak apa yang nak kuar... si IB tu datang-2 membebel 1 ofis pasal report tu... dia ni pun satu... bg dah la waktu lagi 15mnt nk balik... mana sempat nak buat semua tu... tu pun nasib baik si M 2gu aku sampai 6.45 p.m... kalau x buat la aku sorang-2. Tq pada semua yg membantu...

Pagi tadi si N dan si S keluar cari makanan... aku cover la ckp pergi pejabat HR pasal pengesahan jawatan... tgh aku leka kat dalam blk Pn. A boleh plak dgr suara madam terjerit kat depan ofis... berlari aku pergi nk xplain. punya la mengigil aku nk jawab...

madam: mana pergi semua org? 1 org pun x ade kat ofis... saya mau tya apa2 pun x ade org....
aku: N dan S pergi HR htr dokumen utk pengesahan jawatan.
madam: semua pergi ker? mana boleh semua pergi...
aku: maaf puan td mereka dah bagi tau saya nk pergi htr dokumen tu penting puan nak cepat...
madam: x kan semua pergi...
aku: dua saja pergi N dan S (ulang aku lagi. jelas skali suaraku terketar-ketar.
madam: habis R mana? (mata dia dah terjengil macam nak terkeluar pandang aku. suara dia usah cakap la... rasanya nak roboh ofis tu... En. D pun cepat-2 kluar dr ofis buat-2 check peralatan yang ada kat depan meja N)
aku: R kat bilik meeting tgkt bwh... kan ada lab...
madam: buat apa kat bawah kata blm mula lagi...
aku: buat persiapan puan...
madam: persiapan bukan hari ni mau buat... last week mesti dah siap... hari duduk terus start meeting. (mata dia masih memandang sekeliling)
aku: entahlah puan mungkin stanby kot.
madam: M mana? saya x ada nampak dia...
aku: (toleh kiri kanan. x tau nak jawab M pergi mana walau aku tau dia ada dalam bilik Tn Z. tiba-2 dengar suara M menjawab fuh lega giler aku)
M : saya puan. saya kat belakang tadi.
madam: awak pergi mana? sekarang waktu kerja knapa jalan-2 sana sini. jgn jalan-2 lagi duduk kat meja buat kerja...
M: baik puan saya sejuk sgt tadi masuk ambik jaket...
madam: tak kan ambik jaket lama sangat. saya sudah kluar masuk- keluar masuk banyak kali tapi nampak awak...
M: Baik puan. maaf. (kesian M)
madam: (belum puas hati)mana Z?
aku: dia kat lab...
madam: buat apa kat bawah dating ker?
aku: mungkin stanby persiapan puan.
madam: panggil dia naik saya mau jumpa.... (aku terus berlari ke belakang cari no. h/p tn Z dan call dia)

*** kalau hari-2 macam ni x sampai 1 bulan aku boleh kena sakit jantung... baru masuk minggu ke-2 aku   ganti tmpat CC aku dah kelam kabut. macam mana hari-2 seterusnya selama 50 hari lagi sekurang-2nya....

*** Ya!! Allah tabahkan hati hamba mu menghadapi dugaan ini.... Amin Ya Rabbal Aalamiin.

Luv: Princess Diary

Wednesday, September 19, 2012

Rabu : PT pergi meeting...

Assalamualaikum w.b.t

Fuhhh lega... dapat la bernafas dengan normal... rasanya degupan jantung pun dah normal balik... kalau dia ada laju jer denyutan jantung ku ini...

pagi-2 Syam dan Sue manja kena panggil... sebab belum agih kan rak fail... hmmm... laju betul lah dia ni buat kerja... tak terkejar kami semua... semua dia nak mesti siap on d spot... pening kami... bukan aku jer merungut semua pun merungut jugak... nak buat macam mana...

Apa-2 pun nanti aku updated lagi sebab nak sambung buat kerja...

Luv: Me

Tuesday, September 18, 2012

Pagi Selasa yang malas...

Assalamualaikum w.b.t

Memang malas sbb dah cuti tiga hari... semalam aku tak lena sebab risau pasal kerja... maklum la hari ni 1st day ganti tempat CC yang bercuti dan bersara...

Pagi-2 datang tgk Rawdah rajinyer dia buat kerja... blm pun jam 8 pg dia dah sibuk buat macam-2... segan tgk kerajinan dia... (mmg patut dia di sayangi semua org... bkn statement jeles o.k tp respect... cuma kdg-2 aku pun rimas gak tgk lelaki-2 miang kat ofis aku tu... terutama tut.. tut.. tp ada jgk yg baik mcm cik mail...)

Pagi td aku mula blk rutin yg lama aku tak buat sejak bln puasa... buat telur 1/2 masak n air nesscafe untuk my beloved hubby... sian dia b/fast sorang-2... aku tinggal nota kat almari solek harap dia baca...

Big Boss tak ada... kata 2nd boss dia pergi hospital ??? sakit ker? tunggu lah dia sampi nanti... Sue manja: sibuk dengan minit mesyuarat dia... dari minggu lepas tak abis-2 lagi... sian dia... Rawdah plak sibuk dengan fail-fail ISO dia... siap bawa balik fail kat rumah lagi... Hisyam ??? ermmm yang ni susah nak cakap sebab dia lagi pening kalau nak ikut kerja dia... sana-sini... kesian jugak tengok dia... nak salah siapa ??? kerja dalam polis ni tulah payahnyer... arahan tetap arahan... bak kata S.I Tatatertib tu... gajah sama gajah gaduh... pelanduk terpijak... jadi Hisyam adalah Pelanduk tu... sebenarnya ada sorang lagi member ofis ni... Ila... dia ni entah lah... byk tolong Rawdah la kerja dia...

lain hari, lain masa aku kenalkan ofismate aku ni yang ada macam-2 ragam dan macam-2 perangai... buat pagi ni setakat ni dulu lah... tengah pening nih... nak despatch semboyan tapi pegi pentadbiran sorang pun tak ada... pegi mana ??? misteri... wat ever... aku nak sambung kerja... S.I ada kat dalam bilik dia... kalau dia kuar nampak aku tgh wat benda nih abisss aku ...

Luv: Princess Diary