nuffnang

Saturday, May 4, 2013

Pasangan: Cinta & Kasih


Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan Menyebut Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang.

"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH"

Ayat 49 : Surah Adz-Zariyat

Setiap makhluk diciptakan Allah secara berpasang-pasangan. Berpasangan secara kasar kita tafsirkan bahawa ia berdua... sepasang maknanya ia berbeza /berlainan/ mempunyai perbezaan. Dan perbezaan ini pula saling melengkapi antara keduanya. Mungkin ada yang menafsirkan berpasangan maksudnya berlawanan. Sebenarnya fikiran begini amatlah salah sama sekali.... kenapa saya kata begitu? kerana Allah menjadikan pasangan sebagai saling melengkapi dan memain peranan masing-masing dan bukan saling berlawanan. kerana contoh berlawanan adalah utara lawannya selatan - dari segi akal logiknya... jarak utara dan selatan itu sendiri menggambarkan pemisahan yang jauh.... sedangkan pasangan adalah orang yang sentiasa berada disisi dan saling melengkapi seperti sudu dan garfu, piring dan cawan, teh dan gula, kopi dan susu.... oleh itu jangan lah kita beranggapan pasangan kita itu adalah berlawanan... kerana bila kita tanamkan dalam jiwa dia berlawanan maka perhubungan antara dua jiwa dan hati itu akan semakin menjarak. Untukkita sentiasa mengharmoni kan cinta di hati pasangan siramlah kasih yang tulus dengan saling melengkapi antara satu sama lain. Jika dia bersedih jangan kita mengejek akan kedukaan atau kecelakaan yang berlaku pada dia atau persekitaranya yang membuatkan dia berduka. Walaupun kita sememangnya tidak suka akan perkara tersebut. Berkongsilah dan berlembutlah kala dia memerlukan. Antara keduanya haruslah melengkapi dan menyempurnakan peranan masing-masing. Bertindaklah secara tegas dan lembut agar tiada hati yang terluka. 

Lot of Love's

Hasat Dengki dan Benci


Nabi Muhammad S.A.W bersabda :

" Janganlah kamu saling dengki, saling benci dan saling sinis. Jadilah kamu hamba-hamba Allah yang berssaudara."

Hadith Riwayat Muslim

Friday, May 3, 2013

PRU 13 : Jangkaan atau Kejutan

Assalamualaikum & Selamat Petang...

PRU 13 makin hampir, bagi yang tinggal / kerja di negeri pembangkang (Selangor, Kelantan dan Kedah) pasti terasa bahang kempen kedua2 pihak kan? kat ofis pun hari2 cerita tentang PRU. Tapi kat ofis orang ni sekarang tengah sibuk lah, nak terberak baru nak gali lubang kata orang tua-2. Esok nak kuar tugas hari ni baru nak datang ambik Vest la, Baju Hujan la, kasut, stoking dan macam-2. Kelam kabut jadinya.

Tahun ni nya PRU macam-2 dengar, akan ada rusuhan la, ada perarakan la... entah lah, harap-2 tak ada apa-2 yang berlaku (ancaman-2 ni betul ker tidak ?) anggota-2 dan pegawai semua dah stanby sebab dengarnya PR nak tawan putrajaya....

Selamat mengundi.