nuffnang

Friday, May 10, 2013

Tamu di Masjid Negara

Hari ni Cik Suhaila dah sihat, dia bawa kereta pulak. Sejak Cik Sue dh beli kereta rajin sungguh kami pergi ke 'Tamu' di masjid negara ni. Walaupun terpaksa bersesak-2 sikit tapi tak kisah. Terima kasih Cik Sue sebab sudi tumpangkan. Kalau dulu boleh jer pergi jalan kaki tapi sekarang nak manja-2 dengan Cik Sue nak naik kereta baru. Tamu kat Masjid Negara ni tak lah besar mana pun cuma 1 kali seminggu jer iaitu pada tiap-tiap jumaat. Tapi tempat ni selalu sesak dan panas. Kalau nak beli makanan mesti kena beratur panjang, tapi kalau pergi ramai-2 boleh pecah-2 dan kirim lah mana yang nak beli sama. Menu saya selalunya Bihun Sup Utara atau pun Nasi Ayam. Menu wajib mestilah Keropok goreng yang bulat-2 untuk Sufiah dan Ice blanded. Ice blanded dia memang best sebab dia guna buah fresh. Saya memang suka MANGA la apa lagi.
Tamu ni sebenarnya ada la sorang kawan kita ni dia dari sabah, pernah satu hari dia tersesat kat area Tangling (maklum lah nak ke ofis kita ni jalan berbelit sikit, bagi yg tak pernah datang tu sering la tersesat)  dan dia call cakap dia pusing-2 jumpa tamu, kita pun tak pasti dia kat mana? masa kita nak keluar pusing ambik dia kat lake garden depan tu terjumpa anggota pejabat kita dan saya tanya lah kat mana tamu? Nasib baik dia pernah tinggal di Sabah... dia tanya la balik kawan saya tu orang Sabah ker? memanglah kawan kita tu orang Sabah. Rupanya Tamu tu adalah 'Pasar'... hahahaha, gelak sakan saya dan kawan sorang lagi kat dalam lift masa tu.... ingatkan apalah tamu tu kan? tulah bagus jugak ada kawan pelbagai kaum dan bangsa. Banyak kita boleh belajar kan? Kita rakyat malaysia ni beruntung sebab terdiri dari pelbagai kaum kan? dan yang penting kita dapat hidup harmoni dan aman damai di bawah satu langit. InsyaAllah.

Tuesday, May 7, 2013

Simple Segmen by Sally Samsaiman

Segmen ni berlangsung selama 2 minggu
bermula 29th April 2013 - 13th May 2013 (11.59pm)
Good Luck pada yang join
 
 
 

Segmen Free Review

Jom pakat join ramai-2... (^_^)
Klik jer banner ni...