nuffnang

Tuesday, May 21, 2013

Mesyuarat KTA dan Hari Keluarga KTA.

Assalamualaikum...

Tadi petang ada meeting dengan Timbalan Ketua Trafik Pasukan (T/KTP) yang baru Tn Hj. Toha, kiranya mesyuarat kali pertama beliau dengan Kakitangan Awam (KTA) Cawangan Trafik ni. Kelainan yang beliau bawa berbanding dengan Tn Hj Fuad adalah dia jemput sekali dengan semua PT setiap bahagian/unit. Rasa macam terlebih formal bila mesyuarat yang biasanya berlangsung santai jer sebelum ini. Selapas meeting kami hadap pula bihun soto dan teh panas. Fuuuhhhh hilang kejab keboringan meeting tadi. ^_^. (Liya memang tak suka hadir meeting. BORING.)

Selepas mesyuarat yang berlangsung agak panjang jugak, E.O Azura pula sambung mesyuarat dengan mesyuarat untuk Hari Keluarga KTA. Mesyuarat ni tak lah formal sebab macam perbincangan jer sebenarnya. Untuk mempercepatkan meeting petang tadi Pn Azura menggunakan kuasa veto beliau melantik ajk-2. Dalam perbincangan sejam tu, kami belum la putuskan tempatnya nak buat hari keluarga ni. Tahun lepas (2012) Tn Hj Fuad sponser 90% acara tersebut yang di buat di Grey Sand Resort PD. Tahun ni sposer dah tak ada so kalau nak buat jugak kena buat collection la... rata kami ingat nak buat tempat yng murah dan dekat-dekat jer... ada yang cadangkan Grey Sand lagi ada yang cadangkan buat kat Bagan Lalang lah tapi P.A Dato' KTP (K.Ana) cadangkan kat Janda Baik. Hmm bagi Liya, liya suka tempat yang boleh bersantai untuk anak-2 sebab bila hari keluarga ni biasanya anak-2 la yang paling seronok. Macam tahun lepas, keseronokan acara tu dapat dirasa kerana beberapa minggu selepasnya majlis tu masih diperkatakan. Sufiah juga seronok dan asyik lihat gambar-2 sepanjang hari keluarga tu. Bila dia tengok gambar mulut sibuk bercerita macam-2... kita ibubapa ni tumpang seronok bila anak-2 seronok kan. Harap tahun ni punya hari keluarga tetap cemerlang seperti yang lepas. 

Dikesempatan ini Liya nak juga tanya pendapat kawan-2 bloger mengenai tempat-2 yang seronok / sesuai dibuat acara hari keluaraga ni... yerla kalau ada pendapat-2 bernas dari rakan-2 Liya alu-2kan.

p/s : Liya teringin buat area P/Dickson atau Fraser Hill.... rasa-2 mana lebih seronok?

1 comment :

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete