nuffnang

Sunday, May 12, 2013

Selamat Hari Ibu ...

Assalamualaikum...

Sudah kah kita ucapkan 'Selamat Hari Ibu' dan Terima Kasih Mama kepada ibu anda? Dalam media hari ni ada pelbagai komen tentang sambutan hari ibu ni... tapi bagi saya yang penting nawaitu dan tujuannya sebenar sambutan 'Hari Ibu' ini. Sebenarnya terpulang pada nawaitu / niat masing-2. Bagi Liya sambutan hari ibu ni kita bukan nak sambut berdasarkan sejarah atau asal usul sambutan ini. Mungkin ramai yang cakap, alah kalau kita nak hargai ibu kita mesti tiap-tiap hari. Tapi Liya nak tanya kat sini, berapa ramai yang tiap-tiap hari ucap terima kasih mak sebab lahirkan saya, jaga saya dan besarkan saya? Berapa ramai antara kita yang bawa mak pergi jalan-jalan dan habiskan masa sepanjang hari bersama-sama mak? tengok wayang, makan-makan dan shopping? berapa ramai yang belikan hadiah dan kad ucapan untuk mak? Selain hari raya dan hari lahir mak kita Hari Ibu adalah satu hari yang kita boleh luahkan betapa pengorbanan mak selama hari ini adalah hadiah terbaik untuk hidup kita dan anak-anak kita. Sebagai ibu Liya rasa pada hari ini lah selalunya kita (sebagai ibu) rasa dihargai. Ia merupakan satu peringatan pada kita betapa besarnya pengorbanan ibu untuk melahir dan membesarkan kita. Samalah pada Hari Bapa dan Hari Guru juga. Sebab pada hari-hari istimewa ini mereka akan dihargai dan diraikan. So perasaan istimewa sebagai Ibu, Bapa dan Guru pada hari-hari tersebut amat bermakna bagi kita kan? Itu cuma pendapat Liya, mungkin setiap orang akan mempunyai pendapat yang berbeza-beza. Tapi dalam hidup Liya hari terpenting adalah : Hari Lahir, Ulangtahun, Hari Ibu, Hari Bapa dan Hari Guru selain hari-hari sambutan lain seperti Maulidur Rasul, Isra' Mikraj, Nuzul Quran, Awal Muharam, Hari Raya dan lain-lain.
 
Jadi dikesempatan yang ada Liya ucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu-ibu dan bakal-bakal ibu. Semoga kita sama-sama menjadi seorang ibu yang baik kepada generasi akan datang.

No comments :

Post a Comment