nuffnang

Sunday, May 26, 2013

Pengambilan Baru Program Sarjana Muda iNED(e-PJJ & PLK) Sesi Sept 2013.

Bagi kawan-kawan bloger yng sedang bekerja atau belum bekerja yang berminat untuk sambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi boleh lah klik link di SINI untuk survey program-progran yang anda minat atau bersesuaian dengan anda. Semoga link ini membantu bagi mereka yang masih mencari. ^_^

SEGMEN KLIK-KLIK WEEKEND by Sally Samsaiman







short segmen on weekend ni...segmen ni akan berlangsung selama 2 hari saje...so, sila join dengan kadar segera! segmen bermula 25th May 2013 (10.30am) sehingga 26th May 2013 (10.30pm)



pemilihan pemenang 100% by Uncle Random. 

5 PEMENANG DICARI ---> 5 BUTTON BADGE UTK DIMENANGI! 



 

Tuesday, May 21, 2013

Mesyuarat KTA dan Hari Keluarga KTA.

Assalamualaikum...

Tadi petang ada meeting dengan Timbalan Ketua Trafik Pasukan (T/KTP) yang baru Tn Hj. Toha, kiranya mesyuarat kali pertama beliau dengan Kakitangan Awam (KTA) Cawangan Trafik ni. Kelainan yang beliau bawa berbanding dengan Tn Hj Fuad adalah dia jemput sekali dengan semua PT setiap bahagian/unit. Rasa macam terlebih formal bila mesyuarat yang biasanya berlangsung santai jer sebelum ini. Selapas meeting kami hadap pula bihun soto dan teh panas. Fuuuhhhh hilang kejab keboringan meeting tadi. ^_^. (Liya memang tak suka hadir meeting. BORING.)

Selepas mesyuarat yang berlangsung agak panjang jugak, E.O Azura pula sambung mesyuarat dengan mesyuarat untuk Hari Keluarga KTA. Mesyuarat ni tak lah formal sebab macam perbincangan jer sebenarnya. Untuk mempercepatkan meeting petang tadi Pn Azura menggunakan kuasa veto beliau melantik ajk-2. Dalam perbincangan sejam tu, kami belum la putuskan tempatnya nak buat hari keluarga ni. Tahun lepas (2012) Tn Hj Fuad sponser 90% acara tersebut yang di buat di Grey Sand Resort PD. Tahun ni sposer dah tak ada so kalau nak buat jugak kena buat collection la... rata kami ingat nak buat tempat yng murah dan dekat-dekat jer... ada yang cadangkan Grey Sand lagi ada yang cadangkan buat kat Bagan Lalang lah tapi P.A Dato' KTP (K.Ana) cadangkan kat Janda Baik. Hmm bagi Liya, liya suka tempat yang boleh bersantai untuk anak-2 sebab bila hari keluarga ni biasanya anak-2 la yang paling seronok. Macam tahun lepas, keseronokan acara tu dapat dirasa kerana beberapa minggu selepasnya majlis tu masih diperkatakan. Sufiah juga seronok dan asyik lihat gambar-2 sepanjang hari keluarga tu. Bila dia tengok gambar mulut sibuk bercerita macam-2... kita ibubapa ni tumpang seronok bila anak-2 seronok kan. Harap tahun ni punya hari keluarga tetap cemerlang seperti yang lepas. 

Dikesempatan ini Liya nak juga tanya pendapat kawan-2 bloger mengenai tempat-2 yang seronok / sesuai dibuat acara hari keluaraga ni... yerla kalau ada pendapat-2 bernas dari rakan-2 Liya alu-2kan.

p/s : Liya teringin buat area P/Dickson atau Fraser Hill.... rasa-2 mana lebih seronok?

Monday, May 13, 2013

Doa ketika difitnah, dipulau, dibenci atau dianiaya

Doa mohon kekuatan ketika difitnah, dipulau, dibenci atau dianiaya
Maksudnya :

Lalu diadakan di antara mereka dinding yang mempunyai pintu. Disebelah dalamnya ada rahmat dan di sebelah luarnya dari situ ada siksa.
Surah Al Hadiid : Ayat 13

Cara Mengamalkannya :

Sebaiknya baca sekali selepas solat, mudah-mudahan Allah memberi ketenangan kepada kita yang dianiaya sebaliknya orang yang menganiaya berada dalam keadaan tidak tenang.

Liya harap doa ini kita amalkan supaya dapat mengelakkan perkara tak diingini berlaku pada kita dan keluarga. Semoga dijauhkan segala musibah keatas keluarga kita.

Sunday, May 12, 2013

Terima Kasih MAMA (^_^)



Selamat Hari Ibu ...

Assalamualaikum...

Sudah kah kita ucapkan 'Selamat Hari Ibu' dan Terima Kasih Mama kepada ibu anda? Dalam media hari ni ada pelbagai komen tentang sambutan hari ibu ni... tapi bagi saya yang penting nawaitu dan tujuannya sebenar sambutan 'Hari Ibu' ini. Sebenarnya terpulang pada nawaitu / niat masing-2. Bagi Liya sambutan hari ibu ni kita bukan nak sambut berdasarkan sejarah atau asal usul sambutan ini. Mungkin ramai yang cakap, alah kalau kita nak hargai ibu kita mesti tiap-tiap hari. Tapi Liya nak tanya kat sini, berapa ramai yang tiap-tiap hari ucap terima kasih mak sebab lahirkan saya, jaga saya dan besarkan saya? Berapa ramai antara kita yang bawa mak pergi jalan-jalan dan habiskan masa sepanjang hari bersama-sama mak? tengok wayang, makan-makan dan shopping? berapa ramai yang belikan hadiah dan kad ucapan untuk mak? Selain hari raya dan hari lahir mak kita Hari Ibu adalah satu hari yang kita boleh luahkan betapa pengorbanan mak selama hari ini adalah hadiah terbaik untuk hidup kita dan anak-anak kita. Sebagai ibu Liya rasa pada hari ini lah selalunya kita (sebagai ibu) rasa dihargai. Ia merupakan satu peringatan pada kita betapa besarnya pengorbanan ibu untuk melahir dan membesarkan kita. Samalah pada Hari Bapa dan Hari Guru juga. Sebab pada hari-hari istimewa ini mereka akan dihargai dan diraikan. So perasaan istimewa sebagai Ibu, Bapa dan Guru pada hari-hari tersebut amat bermakna bagi kita kan? Itu cuma pendapat Liya, mungkin setiap orang akan mempunyai pendapat yang berbeza-beza. Tapi dalam hidup Liya hari terpenting adalah : Hari Lahir, Ulangtahun, Hari Ibu, Hari Bapa dan Hari Guru selain hari-hari sambutan lain seperti Maulidur Rasul, Isra' Mikraj, Nuzul Quran, Awal Muharam, Hari Raya dan lain-lain.
 
Jadi dikesempatan yang ada Liya ucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu-ibu dan bakal-bakal ibu. Semoga kita sama-sama menjadi seorang ibu yang baik kepada generasi akan datang.

Friday, May 10, 2013

Tamu di Masjid Negara

Hari ni Cik Suhaila dah sihat, dia bawa kereta pulak. Sejak Cik Sue dh beli kereta rajin sungguh kami pergi ke 'Tamu' di masjid negara ni. Walaupun terpaksa bersesak-2 sikit tapi tak kisah. Terima kasih Cik Sue sebab sudi tumpangkan. Kalau dulu boleh jer pergi jalan kaki tapi sekarang nak manja-2 dengan Cik Sue nak naik kereta baru. Tamu kat Masjid Negara ni tak lah besar mana pun cuma 1 kali seminggu jer iaitu pada tiap-tiap jumaat. Tapi tempat ni selalu sesak dan panas. Kalau nak beli makanan mesti kena beratur panjang, tapi kalau pergi ramai-2 boleh pecah-2 dan kirim lah mana yang nak beli sama. Menu saya selalunya Bihun Sup Utara atau pun Nasi Ayam. Menu wajib mestilah Keropok goreng yang bulat-2 untuk Sufiah dan Ice blanded. Ice blanded dia memang best sebab dia guna buah fresh. Saya memang suka MANGA la apa lagi.
Tamu ni sebenarnya ada la sorang kawan kita ni dia dari sabah, pernah satu hari dia tersesat kat area Tangling (maklum lah nak ke ofis kita ni jalan berbelit sikit, bagi yg tak pernah datang tu sering la tersesat)  dan dia call cakap dia pusing-2 jumpa tamu, kita pun tak pasti dia kat mana? masa kita nak keluar pusing ambik dia kat lake garden depan tu terjumpa anggota pejabat kita dan saya tanya lah kat mana tamu? Nasib baik dia pernah tinggal di Sabah... dia tanya la balik kawan saya tu orang Sabah ker? memanglah kawan kita tu orang Sabah. Rupanya Tamu tu adalah 'Pasar'... hahahaha, gelak sakan saya dan kawan sorang lagi kat dalam lift masa tu.... ingatkan apalah tamu tu kan? tulah bagus jugak ada kawan pelbagai kaum dan bangsa. Banyak kita boleh belajar kan? Kita rakyat malaysia ni beruntung sebab terdiri dari pelbagai kaum kan? dan yang penting kita dapat hidup harmoni dan aman damai di bawah satu langit. InsyaAllah.

Tuesday, May 7, 2013

Simple Segmen by Sally Samsaiman

Segmen ni berlangsung selama 2 minggu
bermula 29th April 2013 - 13th May 2013 (11.59pm)
Good Luck pada yang join
 
 
 

Segmen Free Review

Jom pakat join ramai-2... (^_^)
Klik jer banner ni...

Sunday, May 5, 2013

Wajibnya Mengundi


Betul ke hukum mengundi ni wajib?





 Majoriti ulama berpendapat hukum mengundi adalah wajib dan ia berdasarkan kepada konsep penyaksian iaitu menjadi saksi bahawa calon yang undi adalah baik dan layak untuk memegang amanah sebagai pemerintah.

Pendapat ini digunakan oleh Al-Imam As-Syahid Hassan Al-Banna, Kesatuan Ulama Sedunia yang dipengerusikan oleh Dr Yusuf Al-Qardhawi, Syeikhul Al-Azhar Syeikh Ahmad Tayyib, Mufti Mesir Syeikh Ali Jumaah dan sebagainya.

Justeru warganegara yang layak mengundi wajib mengundi atas dasar memberikan penyaksian. Jika calon tersebut tidak layak serta tidak amanah maka ia tidak boleh berkompromi dengannya. Membangunkan negara Islam adalah kewajipan kerana menegakkan syariat secara menyeluruh mesti dilakukan melalui pentadbiran sesebuah negara. Maka tanpa melalui pilihan raya, gerakan Islam tidak akan mampu meraih ruang kuasa untuk mentadbir negara.

Secara ringkas:


Mengundi adalah satu kewajipan kerana mengundi merupakan wasilah bagi memilih kepimpinan Islam dalam mendirikan negara Islam.

      Mengundi dalam pilihan raya termasuk dalam konteks jihad kerana menentang kezaliman dan menolak pihak yang melawan syariat Islam bagi memenangkan pihak Islam atau gerakan yang membawa perjuangan Islam

      Dalam ilmu usul fiqh, kewajipan mengundi termasuk dalam wajib mudhaiyaq (sempit) iaitu mesti dilaksanakan pada waktu itu juga. Iaitu tempoh mengundi bagi pilihan raya Malaysia adalah lima tahun sekali, maka kewajipan mengundi adalah pada waktu pilihan     raya sahaja  iaitu dalam tempoh lima tahun sekali.

 Kewajipan mengundi adalah setiap kali berlakunya pilihan raya.

 
Muhamad Zuhaili Saiman, Pengerusi Felo MANHAL PMRAM 2012
Dari blog – Permata Perjuangan


Sumber : Sinar Harian Online
              5 Mei 2013

Selamat Mengundi...

Assalamaulaikum....



Hari ni sekali lagi negara kita melalui kali ke 13 pilihanraya umum, tapi bagi saya ni kali ke 3 la saya melalui hari pengundian. Sebenarnya mengundi ni adalah hari perayaan terbesar yang disambut oleh semua rakyat Malaysia selain Hari Kebangsaan... sebab selain hari perayaan, hari mengundilah semua jalan raya di seluruh Malaysia akan sesak sebelum hari mengundi kerana ramai diantara kita akan balik mengundi di kampung masing-2. Sambil mengambil peluang melawat keluarga kita boleh menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.

Kalau Hari Raya atau CNY hanya segelintir saja yang akan balik ke kampung tetapi bila tibanya hari mengundi pasti semua rakyat yang ingin menjalankan tanggungjawabnya akan berpusu-2 pulang ke kampung sejak hari jumaat lepas.

Saturday, May 4, 2013

Sedih sangat....


Gerem, sedih dan sedihhhhhhhh sangat.... hubby kita ni selalu macam ni. Tak paham ker atau dia memang saja buat tak paham.... gerammmmmmmm.... Kalau kita bagi hint apa2 mesti dia selalu bagi jawapan yang terbalik. Kadang2 tu sakit hati, malu dan bengang depan orang lain, simpan dan tahan jer. Nanti kita jugak yang kena, tak paham la tu la... habis sapa nak paham kita kalau dia asyik nak kita paham?  eiiiiiiii gerammmm asyik kita jer nak jaga hati dia... tapi dia bukan nak paham perasaan kita selalu buat macam kita ni orang bodoh depan orang lain.... Bukan dia tak tau hint kita saja buat2 tak paham....

Bahasa Terindah - Ramli Sarip



Yang diucap dalam bahasa terindah
Jawapan yang bertanya didengar Nabi
Antara kagum dan khusuk setiap ayatnya
Lereng gunung menjadi amat sunyi
Suara saja tegas bergema
Disampai arah berkias maksud serentak
Tapi jelas intinya
Tidak sedetikpun Allah menghindar
Atau mencemuh nabi disisi segala didoa
Dipenuhi segala yang dipinta tulus dan
Penuh baraqah
Yatim ia tak berlindung
Tidakkah tersedia juga bumbung baginya
Awal begitu bergantung
Kini tidakkah merdeka
Bebas hidupnya

                          Lirik : Dato' A Samad Said
                          Lagu : Ramli Sarip

10 Amalan Yang Boleh Merosakan Otak



Hmm... kadang-kadang terfikir tak korang... apa ada pada otak manusia? Hemmm...sebenarnya dulu masa sekolah saya ada la sorang cikgu sains yang suka sangat bercerita... terutama tentang kejadian manusia dan kaitan sains dan islam....


Tadi masa tengah layan satu laman ni... Laman Kongsi tajuk blog tuh (bolehlah korang terjah lepas ni...) ada satu artikel yang sangat menarik pada saya iaitu tentang 10 Amalan Yang Boleh Merosakan Otak dan 10 amalan itu ialah:-


Perkahwinan : Sebelum dan selepas


Assalamualaikum w.b.t

Selamat pagi semua. kadang-2 best kalau kita kongsi macam-2 kat sini kan... semalam saya ada berbual kosong dengan seorang sahabat di ruangan facebook. Dan saya berminat nak kongsi kat blog ni pagi ni... iaitu tentang perkahwinan dan keluarga.

Ceritanya tentang kawan saya yang baru berkahwin ini, dia sekadar berkongsi rasa dengan kami yang dah kahwin lama sikit ni...:)

Kesimpulan dari perbualan tersebut saya rumus 2 perkara iaitu:-

1.  Keadaan sebelum berlaku perkahwinan (dari saat berkenalan hingga berlakunya proses pernikahan tersebut)

2.  Keadaan ketika perkahwinan berlangsung (iaitu dari saat sah nikahnya hingga ke akhirnya...)

Nota:- Saya akan menulis lagi di lain waktu jika berkempatan. Insyaallah.

~ xxx Me xxx ~

Pasangan: Cinta & Kasih


Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan Menyebut Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang.

"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH"

Ayat 49 : Surah Adz-Zariyat

Setiap makhluk diciptakan Allah secara berpasang-pasangan. Berpasangan secara kasar kita tafsirkan bahawa ia berdua... sepasang maknanya ia berbeza /berlainan/ mempunyai perbezaan. Dan perbezaan ini pula saling melengkapi antara keduanya. Mungkin ada yang menafsirkan berpasangan maksudnya berlawanan. Sebenarnya fikiran begini amatlah salah sama sekali.... kenapa saya kata begitu? kerana Allah menjadikan pasangan sebagai saling melengkapi dan memain peranan masing-masing dan bukan saling berlawanan. kerana contoh berlawanan adalah utara lawannya selatan - dari segi akal logiknya... jarak utara dan selatan itu sendiri menggambarkan pemisahan yang jauh.... sedangkan pasangan adalah orang yang sentiasa berada disisi dan saling melengkapi seperti sudu dan garfu, piring dan cawan, teh dan gula, kopi dan susu.... oleh itu jangan lah kita beranggapan pasangan kita itu adalah berlawanan... kerana bila kita tanamkan dalam jiwa dia berlawanan maka perhubungan antara dua jiwa dan hati itu akan semakin menjarak. Untukkita sentiasa mengharmoni kan cinta di hati pasangan siramlah kasih yang tulus dengan saling melengkapi antara satu sama lain. Jika dia bersedih jangan kita mengejek akan kedukaan atau kecelakaan yang berlaku pada dia atau persekitaranya yang membuatkan dia berduka. Walaupun kita sememangnya tidak suka akan perkara tersebut. Berkongsilah dan berlembutlah kala dia memerlukan. Antara keduanya haruslah melengkapi dan menyempurnakan peranan masing-masing. Bertindaklah secara tegas dan lembut agar tiada hati yang terluka. 

Lot of Love's

Hasat Dengki dan Benci


Nabi Muhammad S.A.W bersabda :

" Janganlah kamu saling dengki, saling benci dan saling sinis. Jadilah kamu hamba-hamba Allah yang berssaudara."

Hadith Riwayat Muslim

Friday, May 3, 2013

PRU 13 : Jangkaan atau Kejutan

Assalamualaikum & Selamat Petang...

PRU 13 makin hampir, bagi yang tinggal / kerja di negeri pembangkang (Selangor, Kelantan dan Kedah) pasti terasa bahang kempen kedua2 pihak kan? kat ofis pun hari2 cerita tentang PRU. Tapi kat ofis orang ni sekarang tengah sibuk lah, nak terberak baru nak gali lubang kata orang tua-2. Esok nak kuar tugas hari ni baru nak datang ambik Vest la, Baju Hujan la, kasut, stoking dan macam-2. Kelam kabut jadinya.

Tahun ni nya PRU macam-2 dengar, akan ada rusuhan la, ada perarakan la... entah lah, harap-2 tak ada apa-2 yang berlaku (ancaman-2 ni betul ker tidak ?) anggota-2 dan pegawai semua dah stanby sebab dengarnya PR nak tawan putrajaya....

Selamat mengundi.

I love my life!

I don't have everything,
but I love everything I have.
I love my life!

~ Robert Tew~